Saturday, December 4, 2010

Jadual Kehidupan Di Akhirat

Berikut adalah Jadual kehidupan kita semua di alam Akhirat yang mesti kita tempuhi:







Hari Sabtu – Ahli Syurga akan melawat kedua ibubapa.






Hari Ahad – Ibu bapa bermain dan melayan anak-anak mereka yang soleh.






Hari Isnin – Anak murid akan melawat guru-guru yang mursyid.






Hari Selasa – Guru akan menziarahi anak murid.






Hari Rabu – Ahli Syurga akan mengunjugi para nabi-nabi.






Hari Khamis – Semua para nabi akan mengunjungi Rasulullah.






Hari Jumaat – Semua ahli Syurga mengadap Allah Azzawajal.






Oleh kerana umat manusia yang terlalu ramai,maka hikmat disebalik tempoh masa kehidupan Akhirat yang terlalu lama iaitu 1000 tahun dunia =1hari diakhirat






Yakinlah tuan-tuan dan puan, apa yang kita persendakan hukum Allah sambil tertawa kerana kita memiliki kuasa untuk menghalang perjalanan SYARIAT ALLAH pasti akan menerima hukuman Allah.Walaupun kita bertaubat berjuta kali pasti Allah tidak akan mengampunkanya kerana semasa kita bertindak demikian dan mentertawakan hukum Allah kita bukanlah golongan orang yang jahil, kita bukanlah tidak sedar diri tetapi kita sedar diri, kita adalah profesor, kita adalah pemimpin yang berkuasa.Cuma apa yang kita khayalkan kita mampu menipu Allah dengan alasan:






1-Kita akan bertaubat suatu hari nanti.






2-Allah sayang kepada hambanya pasti menerima taubat kita.






3-Pintu taubat sentiasa terbuka-bila-bila masa boleh bertaubat-sedangkan Allah tidak pernah menerima taubat Firuan dan Abu Jahal yang pintar menipu tetapi buat-buat jahil dalam agama.






4-Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang-cuma perbezaan kita dengan Rasulullah.Rasulullah berlumba melakukan Ibadat pada Allah dan megharap Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang Allah miliki dapat mengampun segala kekurangan dan cacat cela dalam melakukan ibadat kepada Allah serta semua Muamalat dengan manusia.






Kita sekarang berlumba melakukan maksiat kepada Allah dan meletakkan Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim untuk mengampun segala dosa yang sengaja dilakukan malah memaksa orang lain melakukan perbuatan yang sama seperti dosa Kita.






itulah kecerdikan kita yang lebih cerdik daripada Rasulullah.Ingatlah Rasulullah adalah Maksum dan Ulul Azmi (iaitu mengerah dan meggunakan tulang empat kerat untuk berbakti pada Allah ) serta tidak pernah mengambil kesempatan melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi maksiat.






Kehidupan kita di akhirat adalah seperti kehidupan kita di dunia, Jika kita membuka aurat kita di dunia, begitulah juga tingkah laku kita di depan Allah. Jika kita tidak malu di depan umat Islam, begitulah juga kita akan dianugerahkan perasaan tidak di depan Allah,Maka kita masih boleh menunjuk-nunjuk tubuh kita di depan Allah.






Begitu juga tutur-kata kita di dunia,begitulah kita akan bertutur di depan Allah tanpa segan silu cuma kita lakukan itu semua di dalam neraka Allah.






Sementara Orang yang sentiasa bertasbih di dunia pasti makin bergembira memuji Allah kerana Allah yang dirindui telah berada bersama kita. Pasti Allah berbangga dengan tingkah-laku kita. lalu Allah ambil setiap , kalimah yang kita tasbih dan puji pada Allah dijadikan perhiasan dalam Syurga.






Taman-taman Syurga makin Indah dan makin berseri apabila hamba-hambaNya memuji Allah didalam Syurga kelak. Indahnya AgamaMu Ya Allah… Sesungguhnya Engkau Maha Adil dalam semua tindakan.






Oleh yang demikian janganlah cuba melakukan maksiat dan mempersendakan Islam setelah melihat Jadual Kehidupan Kita Di Akhirat.






Kami Umat Mu terlalu rindu pertolongan Mu untuk menghancur Tentera-tentera Syaitan yang berselindung disebalik kemewahan yang haram.Idealogi yang indah tetapi menzalimi setiap hamba Mu.






Bantulah Hamba-hambu yang sentiasa tunduk pada perintah Mu.





No comments:

Post a Comment