Friday, December 3, 2010

Tanda-tanda Zuhud

http://www.forjawal.com/Pocketpc/index.files/Wallpaper%20iphone/104293N521.jpg
Tanda-tanda Zuhud:
  1. Tidak terlalu gembira apabila mendapat sesuatu dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu.
  2. Sentiasa memandang sama kepada orang yang memuji dan mencela.
  3. Sentiasa berasa tenang ketika beribadat dan hati sentiasa terdorong untuk membuat amal taat.

Wajah-wajah Pembunuh Upahan amerika yang berkeliaran di dunia


http://photos.alwatanvoice.com/images/topics/0985163462.jpg
http://www.al-hodaonline.com/np/28-5-2007/images/17.jpg
http://www.bizturkmeniz.com/opdatering/artikelBilleder/korumacilar-usa.jpg
http://www.aljazeera.net/mritems/images/2007/9/18/1_720965_1_34.jpg
http://www.aljazeera.net/mritems/images/2007/9/18/1_720823_1_34.jpg
ُتعتبر شركة “بلاك ووتر” واحدة من أبرز الشركات العسكرية الخاصة في الولايات المتحدة،
وقد تأسست وفق القوانين الأمريكية التي تسمح بمصانع وشركات عسكرية خاصة، ورغم ذلك تعرضت لانتقادات واسعة بعد نشر كتاب “مرتزقة بلاك ووتر.. جيش بوش الخفي” الذي قال إنها تدعم الجيش الأمريكي بالعراق فيما يخضع جنودها للحصانة من الملاحقات القضائية.
فيما يتم تهريبهم من العراق إذا طلبهم قضاء العراق….
http://www.moheet.com/image/58/225-300/587928.jpg
فضائح “بلاك ووتر” في العراق
دعارة وقتل وتعذيب..
black  water mendapat kebenaran kerajaan amerika untuk merompak, membunuh dan mengazab umat Islam tanpa sempadan.
http://www.watan.com/upload/Maltaa.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/178965arabic15.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/132730arabic11.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/191011arabic08.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/632695arabic14.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/392332arabic18.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/492030arabic19.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/398374arabic25.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/40727arabic33.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/569723arabic29.jpg
Hasil black water
http://www.moheet.com/image/62/225-300/625226.jpg
http://www.al-akhbar.com/files/images/p02_20090105_pic1.full.jpg
http://www.aleqt.com/a/223249_30707.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/2452arabic05.jpg
http://amazingupload.info/upload/images/444925arabic27.jpg
http://blogs-static.maktoob.com/wp-content/blogs.dir//58431/files//2010/04/rrrr4.jpg
http://www.iraqirabita.org/upload/7176.jpg

LIMA ORANG YANG MIRIP WAJAH RASULULLAH


أشبه الناس برسول الله صلى الله عليه وسلم خمسة رجال هم جعفر بن أبي طالب (ابن عم رسول الله) وأبو سفيان بن الحارث ابن عبد المطلب (ابن عم الرسول وأخوه من الرضاعة) وقثم بن العباس (ابن عم الرسول) والسائب بن عبيد بن عبد مناف (جد الشافعي) والحسن بن علي بن أبي طالب وهو أشد الخمسة شبها برسول الله صلى الله عليه وسلم.
Mereka yang mirip kepada Wajah Rasulullah ialah:
  1. Jaafar bin Abi Tolib-
  2. Abu Sufian bin Haris bin Abdul Mutalib.
  3. Qasam bin al-Abbas.
  4. As-Saib bin Ubaid bin Abd.Manaf.
  5. al-Hassan bin Ali bin Abi Tolib.

7 Golongan yang tidak disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir


http://ms.langitilahi.com/wp-content/uploads/2009/06/kubur_lama.jpg
Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:
“Siapakah Tuhanmu?”.
Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:
1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.
2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.
3) Syuhada’ yakni mereka yang tergolong mati syahid.
4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.
5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.
6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.
7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari Jumaat.
Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada’ dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan.

40,000 Hadis diringkaskan kepada 4 kalimah


Ringkasan kata Abdullah bin Mubarak:
40,000 diringkaskan kepada 4000 hadis,
4000 hadis diringkaskan kepada 400 hadis,
400 hadis diringkaskan kepada 40 hadis
dan 40 hadis diringkaskan kepada  4 kalimah yang lengkap iaitu:
1-Jangan kamu percayakan sepenuhnya kepada perempuan.
2-Jangan kamu terpedaya kepada harta benda.
3-Jangan kamu memasukkan apa sahaja kedalam perutmu sehingga perutmu tidak dapat menanggungnya.
4-Jangan kamu mengumpulkan ilmu yang tidak bermanfaat untukmu

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN


UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:
1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan  kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.
2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.
3-Allah menyembunyikan kedatangan  malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki  hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.
4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah  atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.
5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah  banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.
6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bernegapmegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.
Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa

Derita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih Dari Ibunya

Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit kuat dan dalam naza sakaratul maut. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan Ammar r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah. Apabila mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah tidak dapat menyebutnya.
Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan Alqomah. Apabila Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Bilal; “Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?” jawab Bilal r.a, ” Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya”. Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal; “Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya”.

Maka apabila Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti yang Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; ” Aku lebih patut pergi berjumpa Rasulullah”. Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah. Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah; “Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku”. Berkata Nabi lagi; “Bagaimana keadaan Alqomah?”, jawab ibunya; “Ia sangat rajin beribadat, ia sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya”. Bertanya Rasulullah; “Bagaimana hubungan kamu dengan dia?”, jawab ibunya; ” Aku murka kepadanya”, lalu Rasulullah bertanya; “Mengapa”, jawab ibunya; “Kerana ia patut mengutamakan aku dari isterinya, dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku”.
Maka berkata Rasulullah; “Murka kamu itulah yang telah mengunci lidahnya dari mengucap La iilaa ha illallah”, kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah lalu ia bertanya; “Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar putera ku didepan mataku?, bagaimana hatiku dapat menerimanya”. Kemudian berkata Nabi s.a.w; “Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya”, demi Allah yang jiwaku ditangannya, tidak akan guna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya”. Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; “Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dilangit dan kau Ya Rasulullah dan mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah”.
Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; “Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucapkan La iilaa ha illallah atau tidak”. Berkata Rasulullah lagi kepada Bilal ; “Aku khuatir kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dari hatinya”. Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; “La iilaa ha illallah”. Lalu Bilal masuk sambil berkata; “Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila ha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat”. Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik saja dia mengucap.
Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata; “Segeralah mandi dan kafankan”, lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; “Hai sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t, dan tidak diterimanya daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya.

10 Golongan Yang Tidak Dapat Mencium Bau Syurga


1. Pembunuh orang kafir mu’ahadah iaitu orang kafir yang mengikat perjanjian keamanan dengan orang ISLAM.
2. Orang mengaibkan atau mensia-siakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH SWT. Contohnya, amanah anak-anak terhadap ibu bapa dan sebaliknya.
3. Orang yang berilmu tetapi ilmunya digunakan semata-mata mencari keuntungan dan kepentingan duniawi
4. Orang yang berangan-angan untuk beramal namun tidak pernah berusaha mengerjakannya.
5. Semua penderhaka sama ada kepada ALLAH SWT, Rasulullah SAW, Ibubapa dan lain-lain.
6. Peminum arak
7. Orang memutuskan silaturrahim.
8. Orang tua yang berzina
9. Orang yang sombong, bermegah dengan hal duniawi.
10. Isteri yang meminta diceraikan tanpa ada suatu kemunasabahan/kesalahan/keuzuran yang dibenarkan oleh syarak

17 Hadis Meyakinkan Kita Pengampunan Allah SWT


(( 1 ))
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله : ( من سبح ا لله تعالى دبر كل صلاة ثلاثا وثلاثين، وحمد الله ثلاثا وثلاثين، وكبر الله ثلاثا وثلاثين، وقال تمام المائة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. غفرت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر).
Sesiapa Bertasbih kepada Allah 33X , Bertahmid 33X, Bertakbir 33X dan mencukupkannya 100X dengan (Kalimah Diatas) selepas Solat
akan diapmunkan dosanya walau seperti buih di lautan.

(( 2 ))

وعنه قال: قال رسول الله : (من قال إذا أصبح مائة مرة وإذا أمسى مائة مرة: سبحان الله وبحمده، غفرت ذنوبه وإن كانت أكثر من زبد البحر).
Sesiapa bertasbih  100X diwaktu pagi dan 100X diwaktu petang akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

(( 3 ))
عن عبدالله بن عمرو بن العاص قال: قال رسول الله : (ما على الأرض أحد يقول: لا إله إلا الله، والله أكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم، إلا كفرت ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر). يعنى التحقق بذلك.
Tidak ada sesiapa di muka bumi yang melafazkan ( seperti lafaz di atas) melainkan diampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.

(( 4 ))
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله : (من سبح الله تعالى دبر كل صلاة مكتوبة مائة مرة، وهلل مائة مرة، وكبر مائة مرة،غفرت ذنوبه ولو كانت أكثر من زبد البحر).
Sesiapa yang bertasbih selepas solat 100X dan bertahlil 100X  dan bertakbir 100X akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.

((5))
وعنه قال: قال رسول الله : (من سبح الله دبر صلاة الغداة مائة تسبيحه، وهلل مائة تهليله، وكبر مائة تكبيرة، غفرت ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر).                                                                                                                                            Sesiapa yang bertasbih selepas solat 100X  dan bertahlil 100X  dan bertakbir 100X akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.

(( 6 ))
وعنه عن النبي قال: ( من قال حين يأوي إلى فراشه: لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، سبحان الله والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، غفرت ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر. أو قال: أكثر من زبد البحر).
Sesiapa  membaca di atas katil ( Perkataan di atas) akan diampun dosanya walau sebanyak buih di lautan.

(( 7 ))
عن معاذ بن أنس أن النبي قال: (من قعد في مصلاه حين ينصرف من صلاة الصبح حتى يصلى ركعتي الضحى لا يقول إلا خيرا، غفرت له خطاياه، وإن كانت أكثر من زبد البحر).
sesiapa duduk selepas solat subuh setelah selesai solat Subuh dan menunaikan 2 rakaat solat Dhuha. Tidak akan  diperkatan  kecuali sesuatu yang baik, akan diampun dosanya, walau sebanyak buih di laut.
(( 8 ))
عن معاذ بن جبل قال: سمعت رسول الله يقول: (من قال بعد الفجر ثلاث مرات، وبعد العصر ثلاث مرات: أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه، كفرت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر).
Sesiapa melafazkan 33Xselepas solat Subuh( perkataan di atas ) akan diampunkan dosanya walau seperti buih di lautan.
(( 9 ))

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله : (من حافظ على صلاة الضحى غفرت ذنوبه ولو كانت أكثر من زبد البحر).
Sesiapa memelihara solat Dhuha diampunkan dosanya awalau sebanyak buih di lautan.

(( 10 ))
عن ابن عمر قال: قال رسول الله : (ما على وجه الأرض رجل يقول: لا إله إلا الله، والحمد لله، ولا حول ولا قوة إلا بالله، إلا كفرت عنه ذنوبه ولو كانت أكثر من زبد البحر).
Tidak ada lelaki yang membaca ( seperti kalimah di atas ) melainkan diampunkam dosanya walau sebanyak buih di lautan.

(( 11 ))
عن عائشة عن النبي قال: (ما من عبد يقول عند رد الله روحه: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير، إلا غفر الله له ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر).
رد الروح : الصحو من النوم أخرجه ابن ماجه،
Sesiapa diantara hamba yang membaca, apabila bangun daripada tidurnya ( Seperti kalimah di atas) melainkan di ampunkan Allah baginya segala dosanya walaupun doasa seperti buih di lautan.

(( 12 ))
عن أنس عن النبي قال: ( من قال صبيحة يوم الجمعة قبل صلاة الغداة: أستغفر الله العظيم لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه، ثلاث مرات، غفرت ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر).أخرجه ابن السني، والطبراني في الأوسط، ولم يذكر الحي القيوم وقال: وإن كانت.
Sesiapa membaca di pagi Jumaat sebelum solat Jumaat ( Seperti perkataan di atas ) tiga kali akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

(( 13 ))
عن أبى سعيد الخدري قال: قال رسول الله : (من قال حين يأوي إلى فراشه: أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه، غفر الله له ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر، وإن كانت عدد النجوم، وإن كانت عدد رمل عالج، وإن كانت عدد أيام الدنيا).
عالج : رمال بين فيد والقريات على طريق مكة.
Sesiapa membaca disaat berada di atas katilnya ( seperti perkataan di atas ) diampun oleh Allah baginya dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di alutan.walaupun sebanyak bilangan bintang,walaupun sebanyak bilangan pasir,walaupun sebanyak bilangan hari di dunia.

(( 14 ))
عن أبى هريرة قال: قال رسول الله : (من قال: سبحان الله وبحمده، في كل يوم مائة مرة، حطت خطاياه، وإن كانت مثل زبد البحر).
Sesiapa membaca ( seperti kalimah di atas) setiap hari seratus kali, Allah menghapuskan dosanya walau seperti  buih di lautan.
(( 15 ))
عن محمد بن عمار بن ياسر قال: رأيت عمار ابن ياسر يصلى بعد المغرب ست ركعات وقال:رأيت رسول الله صلى بعد المغرب ست ركعات وقال: (من صلى بعد المغرب ست ركعات حطت ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر).
Sesiapa solat sunat selepas solat Mahgrib, Allah menghapuskan dosanya walaupun dosa sebanyak buih di lautan.
(( 16 ))
عن سلمان الفارسي أن النبي قال: (إن المسلم إذا لقى أخاه فأخذ بيده تحاتت ذنوبهما كما يتحات الورق عن الشجرة اليابسة في يوم ريح عاصف، وغفر لهما ولو كانت ذنوبهما مثل زبد البحر).
تحاتت: سقطت.
Sesungguhnya apabila seseorang muslim bertemu saudaranya dan bersalaman, hilanglah dosanya sepertimana gugurnya daun kering yang ditiup angin pada hariangin kencang. Maka  diampunkan dosa keduanya seperti buih di lautan.

(( 17 ))
عن أبي ذر الغفاري قال: كلمات من ذكرهن مائة مرة دبر كل صلاة: (الله أكبر، وسبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله وحده لا شريك له، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، ثم لو كانت ذنوبه مثل زبد البحر لمحتهن
).
Perkataan yang yang dizikirnya sebanyak 100 kali selepas solat dengan sempurna. ( seperti perkataan di atas ) diampunkan dosanya walau seperti buih di lautan.

LIHATLAH KELUASAN RAHMAT ALLAH TERHADAP HAMBANYA YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA, WALAUPUN SEBANYAK MANA DOSA HAMBA-HAMBANYA TETAPI ALLAH TETAP MENGAMPUNKAN MEREKA.TETAPI APA YANG MENJADI MEREKA TERTIPU DENGAN SYAITAN.APABILA MEREKA MENGGUNA HADIS-HADIS DI ATAS UNTUK MENGULANGI DOSA-DOSA MEREKA DAN MENGHIMPUN DOSA MEREKA SEBANYAK BUIH DI LAUTAN LALU MEREKA BERTAUBAT DENGAN SENGAJA DAN MENGULANGI  DOSA DENGAN SENGAJA…. SEBENARNYA MEREKA MENIPU DIRI MEREKA SENDIRI.. SUNNAH RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT SERTA IMAM-IMAM SEMUA MAZHAB TIDAK PERNAH BERBUAT DEMIKIAN..

Manusia Yang Dikasihi Dan Dibenci Oleh Nabi Saw


Rasulullah s.a.w bersabda, bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”

Huraian
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.

2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.

3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

25 Amalan Membawa Ke Syurga


http://stb.msn.com/i/D5/356EB4CE8633836268EEF4917685F.jpg
بسم الله الرحمن الرحيم

إخوانى وأخواتي حتما إن الطريق الى الجنة يتطلب منا العمل والمثابرة والاجتهاد في حسن طاعة الله عز وجل

حاله حال أي تفوّق دراسي أو غيره ليجازى به الجنة

فمعاً دعونا نتمعن في الطرق التي توصلنا الى الجنة بإذن الله تعالى

1 - (( من لقي الله لا يشرك به شيئاً دخل الجنة ))


[ البخاري ]

Sesiapa bertemu dengan Allah tanpa syirik dengan sesuatu, masuk syurga..

2 - (( من آمن بالله وبرسوله ، وأقام الصلاة ، وصام رمضان ، كان حقاً على الله أن يدخله الجنة ))

[ البخاري]
Sesiapa beriman kepada Allah SWT, RasulNya, menunaikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka dia berhak memasuki syurga.

3- ((من بنى مسجداً يبتغي به وجه الله بنى الله له مثله في الجنة ))

[ البخاري ]
Sesiapa membina masjid  kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT, Allah membina sebuah mahligai yang sama nilai dengan masjid didalam syurga kelak.

4- (( من صلى البردين دخل الجنة ))

[ البخاري ] Sesiapa solat Subuh dan Isyak, masuk syurga.

5- (( من غدا إلى المسجد وراح أعدَّ الله له نزله من الجنة كلما غدا أو راح ))

[ البخاري ]
Sesiapa berulang-alik pagi dan petang ke masjid dia kan mendiami syurga.

6- (( من يضمن لي ما بين لحييه وما بين رجليه أضمن له الجنة ))

[البخاري]
Sesiapa dapat menjaga mulut dan kemaluannya pasti dapat memasuki syurga.

7- (( من صلى اثنتي عشرة ركعة في يوم وليلة بُني له بهن بيت في الجنة ))

[ مسلم ]
Sesiapa menunaikan solat sunat 12 rakaat malam dan siang pasti memasuki syurga.

8- (( من سلك طريقاً يلتمس فيه علماً سهّل الله له به طريقاً إلى الجنة ))

[ مسلم ]
Sesiapa berjalan dengan tujuan menuntut ilmu Allah SWT memudahkan baginya laluan ke Syurga.

9- (( من قال مثل ما يقول المؤذن من قلبه دخل الجنة ))

[ أبو داود ]
Sesiapa menjawab azan dengan sempurna pasti masuk syurga.

10- (( ما من أحد يتوضأ فيحسن الوضوء ويصلي ركعتين يقبل بقلبه ووجهه عليهما إلا وجبت له الجنة ))

[ أبو داود ]
Sesiapa berwuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat sunat wuduk 2 rakaat, pasti masuk syurga.

11- (( من قال رضيت بالله رباً ، وبالإسلام ديناً ، وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبياًّ وجبت له الجنة ))

[ أبو داود ]
Sesiapa meredhai Allah SWT sebagi Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabinya pasti masuk syurga.

12- (( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ))

[ أبو داود ]
Sesiapa mengakhiri hidupnya denga kalimah di atas pasti masuk Syurga.

13- (( من قال سبحان الله العظيم وبحمده غرست له نخلة في الجنة

[ الترمذي ]
Sesiapa membaca doa diatas dia akan memetik tamar di dalam syurga.

14- (( من مات وهو بريء من ثلاث : الكبر ، والغلول ، والدّين دخل الجنة ))

[ الترمذي ]

Sesiapa mati dan tidak memilki sfat takabbur, melakukan perkara sia-sia dan tidak memilki hutang maka  masuk syurga.

15- (( اللهم أنت ربي لا إله إلا أنت ، أعوذ بك من شر ما صنعت ، أبوء لك بنعمتك عليَّ وأبوء لك بذنبي فاغفر لي ، فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت . من قالها من النهار موقناً بها فمات من يومه قبل أن يمسي فهو من أهل الجنة ، ومن قالها من الليل وهو موقن بها فمات قبل أن يصبح فهو من أهل الجنة ))

[ البخاري ]
Sesiapa berdoa dengan doa di atas pada siang hari lalu dia meninggal di malam hari, maka masuk Syurga  serta menjadi ahli syurga dan begitulah disebaliknya.

16- (( من أذن اثني عشرة سنه وجبت له الجنة ))

[ ابن ماجة ]
Sesiapa  melaungkan azan selama 12 tahun, pasti dia dapat memasuki Syurga.

17- (( من سأل الله الجنة ثلاث مرات قالت الجنة : اللهم أدخله الجنة ))

[ الترمذي ]
Sesiapa berdoa memohon  syurga sebanyak 3 kali dengan lafaz di atas pasti masuk syurga.

18- (( من عاد مريضاً أو زار أخاً له في الله ناداه مناد أن طبت وطاب ممشاك ، وتبوأت من الجنة منزلاً ))

[ الترمذي ]
sesiapa menziarahi pesakit, samada suadaranya, Allah kan menyuruh malaikat mendoakan kebaikan sepanjang perjalanan pergi dan balik  dari rumah pesakit yang diziarahinya. pasti dia memasuki Syurga.

19- (( إن الصدق يهدي إلى البر وإن البر يهدي إلى الجنة ))

[ البخاري ]
Bersedekah membawa kepada kebaikan, setiap kebaikan pasti memperolehi Syurga.

20- (( تكفل الله لمن جاهد في سبيله لا يخرجه إلا الجهاد في سبيله وتصديق كلماته بأن يدخله الجنة ))

[ البخاري ]
Membenarkan agama Allah dan berjihad Di jalan Allah pasti masuk syurga.

21-

(( أيها الناس ، أفشوا السلام ، وأطعموا الطعام ، وصلوا والناس نيام ، تدخلوا الجنة بسلام ))

[ الترمذي ]
Menyebarkan keamanan, memberi makan kepada orang ramai, menghubung silaturrahim pasti masuk Syurga.

22- (( العمرة إلى العمرة كفارة لما بينهما ، والحج المبرور ليس له جزاء إلا الجنة ))

[ البخاري ]
Mereka yang berjaya mendapatkan haji mabrur dan menjaga dari sebarang dosa diantara dua umrah.

23- (( إن لله تسعة وتسعين اسماً مائة إلا واحداً ، من أحصاها دخل الجنة ))

[ البخاري ]
Sesiapa menghafaz 99 nama Allah SWT, masuk Syurga.

24- (( لقد رأيت رجلاً يتقلب في الجنة في شجرة قطعها من ظهر الطريق كانت تؤذي الناس ))

[ مسلم ]
Membuang kayu yang menghalang laluan orang ramai, atau yang menyakiti orang ramai.

25- ((من عال جاريتين دخلت أنا وهو الجنة ))

Sesiapa membebaskan dua orang hamba jariah. Aku dan dia bersama dalam syurga.


Nota: Sila hantar komen, jika terdapat kesalahan atau penambahbaikan.