Saturday, December 4, 2010

Jadual Kehidupan Di Akhirat

Berikut adalah Jadual kehidupan kita semua di alam Akhirat yang mesti kita tempuhi:







Hari Sabtu – Ahli Syurga akan melawat kedua ibubapa.






Hari Ahad – Ibu bapa bermain dan melayan anak-anak mereka yang soleh.






Hari Isnin – Anak murid akan melawat guru-guru yang mursyid.






Hari Selasa – Guru akan menziarahi anak murid.






Hari Rabu – Ahli Syurga akan mengunjugi para nabi-nabi.






Hari Khamis – Semua para nabi akan mengunjungi Rasulullah.






Hari Jumaat – Semua ahli Syurga mengadap Allah Azzawajal.






Oleh kerana umat manusia yang terlalu ramai,maka hikmat disebalik tempoh masa kehidupan Akhirat yang terlalu lama iaitu 1000 tahun dunia =1hari diakhirat






Yakinlah tuan-tuan dan puan, apa yang kita persendakan hukum Allah sambil tertawa kerana kita memiliki kuasa untuk menghalang perjalanan SYARIAT ALLAH pasti akan menerima hukuman Allah.Walaupun kita bertaubat berjuta kali pasti Allah tidak akan mengampunkanya kerana semasa kita bertindak demikian dan mentertawakan hukum Allah kita bukanlah golongan orang yang jahil, kita bukanlah tidak sedar diri tetapi kita sedar diri, kita adalah profesor, kita adalah pemimpin yang berkuasa.Cuma apa yang kita khayalkan kita mampu menipu Allah dengan alasan:






1-Kita akan bertaubat suatu hari nanti.






2-Allah sayang kepada hambanya pasti menerima taubat kita.






3-Pintu taubat sentiasa terbuka-bila-bila masa boleh bertaubat-sedangkan Allah tidak pernah menerima taubat Firuan dan Abu Jahal yang pintar menipu tetapi buat-buat jahil dalam agama.






4-Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang-cuma perbezaan kita dengan Rasulullah.Rasulullah berlumba melakukan Ibadat pada Allah dan megharap Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang Allah miliki dapat mengampun segala kekurangan dan cacat cela dalam melakukan ibadat kepada Allah serta semua Muamalat dengan manusia.






Kita sekarang berlumba melakukan maksiat kepada Allah dan meletakkan Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim untuk mengampun segala dosa yang sengaja dilakukan malah memaksa orang lain melakukan perbuatan yang sama seperti dosa Kita.






itulah kecerdikan kita yang lebih cerdik daripada Rasulullah.Ingatlah Rasulullah adalah Maksum dan Ulul Azmi (iaitu mengerah dan meggunakan tulang empat kerat untuk berbakti pada Allah ) serta tidak pernah mengambil kesempatan melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi maksiat.






Kehidupan kita di akhirat adalah seperti kehidupan kita di dunia, Jika kita membuka aurat kita di dunia, begitulah juga tingkah laku kita di depan Allah. Jika kita tidak malu di depan umat Islam, begitulah juga kita akan dianugerahkan perasaan tidak di depan Allah,Maka kita masih boleh menunjuk-nunjuk tubuh kita di depan Allah.






Begitu juga tutur-kata kita di dunia,begitulah kita akan bertutur di depan Allah tanpa segan silu cuma kita lakukan itu semua di dalam neraka Allah.






Sementara Orang yang sentiasa bertasbih di dunia pasti makin bergembira memuji Allah kerana Allah yang dirindui telah berada bersama kita. Pasti Allah berbangga dengan tingkah-laku kita. lalu Allah ambil setiap , kalimah yang kita tasbih dan puji pada Allah dijadikan perhiasan dalam Syurga.






Taman-taman Syurga makin Indah dan makin berseri apabila hamba-hambaNya memuji Allah didalam Syurga kelak. Indahnya AgamaMu Ya Allah… Sesungguhnya Engkau Maha Adil dalam semua tindakan.






Oleh yang demikian janganlah cuba melakukan maksiat dan mempersendakan Islam setelah melihat Jadual Kehidupan Kita Di Akhirat.






Kami Umat Mu terlalu rindu pertolongan Mu untuk menghancur Tentera-tentera Syaitan yang berselindung disebalik kemewahan yang haram.Idealogi yang indah tetapi menzalimi setiap hamba Mu.






Bantulah Hamba-hambu yang sentiasa tunduk pada perintah Mu.





20 Anugerah Keramat Kepada Wali Allah Di Akhirat

1.Allah SWT meringankan rasa sakit ketika rohnya keluar dari badan di saat kematian.



2.Mereka mendapat keteguhan ma’rifat dan keimanan.


3.Mereka mendapat kegembiraan, keredhaan, kesenangan hidup di Akhirat.


4.Berkekalan mereka bersama Allah di Akhirat.


5.Mendapat anugerah luar biasa dari allah iaitu roh mereka dikunjungi oleh para Malaikat dari tujuh petala langit dan bumi serta para Malaikat memberi penghormatan kepadanya.


6.Mereka terlindung dari fitnah dan mendapat pertolongan allah dalam menjawab soalan Munakar dan Nangkir didalam kubur.


7.Kubur mereka diluaskan, disinari cahaya dan mereka aman damai dalam kubur.


8.Mereka dihimpun dalam golongan terhormat, mereka diberi mahkota, pakaian yang indah dan kenderaan yang istimewa.


9.Roh mereka akan bersiar-siar dalam syurga dengan berkenderaan burung hijau dengan hati yang gembira.


10.Wajah mereka terpancar cahaya kerana dapat menyaksi Wajah Allah Yang Maha Tinggi.


11.Mereka terpelihara dari huru-hara di Akhirat.


12.Mereka mendapat surat amalan dengan tangan kanan.


13.Mereka mendapat hisab yang ringan daripada Allah bahkan sebahagian daripada mereka masuk Syurga tanpa hisab.


14.Timbangan amalan kebaikan mereka menjadi berat sebahagian mereka, amalan mereka tidak ditimbang langsung lalu dapat memasuki Syurga Allah SWT.


15.Mereka dapat minum air kolam Rasulullah SAW dan tidak akan merasai dahaga selama-lamanya.


16.Mereka dapat meniti Sirat Mustaqim dengan selamat.


17.Mereka dapat memberi Shufaat kepada orang lain.


18.Mereka mendapat nikmat Syurga yang abadi.


19.Mereka mendapat Keredhaan Allah SWT Yang Maha Besar.


20.Mereka dapat melihat wajah Allah SWT.

10 Surah Yang Paling Berharga Dari Al-Quran

1-Surah Al-Fatihah mencegah dari kemurkaan Allah SWT.







2- Surah Yasin mencegah dari kehausan pada hari Kiamat.






3-Surah Ad-Dukhan mencegah daripada huru-hara hari Kiamat.






4-Surah Al Waqiah mencegah daripada kefakiran.






5-Surah Al-Mulk mencegah daripada Azab Kubur.






6-Surah Al-Kauthar mencegah daripada perbalahan atau permusuhan.






7-Surah Al-Kafirun mencegah daripada menjadi kafir semasa meninggal dunia.






8-Surah Al-Ikhlas mencegah daripada bersifat munafiq.






9-Surah Al-Falaq mencegah daripada perasaan hasad.






10-Surah An-Nas mencegah daripada terkena penyakit was-was

5 SEBAB KECELAKAAN IBLIS

Muhammad bin Ad-Dauri berkata:







Iblis menjadi celaka kerana lima sebab






1.Tidak mengakui dosa.


2.Tidak bersedih.


3.Tidak mencaci diri.


4.Tidak berazam untuk bertaubat.


5.Berputus asa dari rahmat Allah.


Nabi Adam mendapat kebahagiaan kerana






1.Mengakui dosa yang telah dilakukan


2.Merasa sedih di atas dosa yang telah dilakukan.


3.Menghina diri kerana telah melakukan dosa.


4.Segera bertaubat kepada Allah.


5.Tidak berputus asa dengan rahmat

21 Kunci Kejayaan Dunia dan Akhirat

1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.



2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.



3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.



4-Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.



5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.


6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.



7-Kunci Kemajuan /Kelebihan adalah bersyukur.



8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.


9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.



10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.



11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.


12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.



13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.


14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.


15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.

.

16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.

.

17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.

.

18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.



19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.

.
20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.

.



21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan