Friday, April 29, 2011

Sebab2 Hati Kita jadi KERAS!!

Ibnu al-Qayyim rahimahullah mengatakan dalam kitabnya Bada’i al-Fawa’id [3/743], “Tatkala mata telah mengalami kekeringan disebabkan tidak pernah menangis karena takut kepada Allah ta’ala, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya keringnya mata itu adalah bersumber dari kerasnya hati. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati yang keras.”







Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berdoa kepada Allah agar terlindung dari hati yang tidak khusyu’, sebagaimana terdapat dalam hadits, “Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari hawa nafsu yang tidak pernah merasa kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.” (HR. Muslim [2722]).






Diriwayatkan dari Uqbah bin Amir radhiyallahu’anhu, dia berkata, “Wahai Rasulullah, apakah keselamatan itu? Apakah keselamatan itu?”. Maka Nabi menjawab, “Tahanlah lisanmu, hendaknya rumah terasa luas untukmu, dan tangisilah kesalahan-kesalahanmu.” (HR. Tirmidzi [2406], dia mengatakan; hadits hasan. Hadits ini disahihkan al-Albani dalam Shahih at-Targhib [2741]).






Abu Sulaiman ad-Darani rahimahullah mengatakan [al-Bidayah wa an-Nihayah, 10/256], “Segala sesuatu memiliki sifat yg tersendiri, sedangkan sifat orang yang dibiarkan binasa adalah tidak biasa menangis karena takut kepada Allah.”






Di antara sebab kerasnya hati adalah :






• Byk bercakap

 
•Melakukan kemaksiatan atau tidak menunaikan kewajiban


•Terlalu banyak ketawa


•Terlalu banyak makan


•Banyak berbuat dosa


•Tidak berdamping dengan ulama


Agar hati yang keras menjadi lembut






Disebutkan oleh Ibnu al-Qayyim di dalam al-Wabil as-Shayyib [hal.99] bahwa suatu ketika ada seorang lelaki yang berkata kepada Hasan al-Bashri, “Wahai Abu Sa’id! Aku mengadu kepadamu tentang kerasnya hatiku.” Maka Beliau menjawab, “Lembutkanlah hatimu dengan berdzikir.”






Sebab-sebab agar hati menjadi lembut dan mudah menangis karena Allah antara lain :






•Mengenal Allah melalui nama-nama, sifat-sifat, dan perbuatan-perbuatan-Nya


•Membaca al-Qur’an dan merenungi kandungan maknanya


•Banyak berdzikir kepada Allah


•Memperbanyak ketaatan


•Mengingat kematian, menyaksikan orang yang sedang di ambang sakaratul maut atau melihat jenazah orang


•Makan makanan yang halal


•Menjauhi perbuatan-perbuatan maksiat


•Sering mendengar nasihat


•Mengingat kengerian hari kiamat, sedikitnya amal kita dan merasa takut kepada Allah


•Menitiskan air mata ketika berziarah kubur


•Mengambil pelajaran dari kejadian di dunia seperti melihat api lalu teringat akan neraka


•Berdoa


•Memaksa diri agar  menangis di ketika seorang diri, lagi bagus time kita solat tahajjud....



Hukum Bersalam Antara Lelaki & Perempuan

Pendahuluan







Para sahabat, para ulama’ salaf dan jumhur ulama telah berselisih mengenai hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabiah (bukan mahram). Perselisihan yang terbit daripada masalah ini berpunca daripada perbezaan dalam nas hadis serta al-athar (الأثر). Situasi ini akan dibahaskan dengan terperinci pada tiga bahagian :






• Perbahasan pertama mengenai pandangan ulama’ mengenai hukum bersalaman antara lelaki dengan perempuan, beserta dalil daripada sunnah, dan sedikit kesimpulan mengenai masalah ini.


• Perbahasan kedua mengenai keraguan yang terdapat dalam hukum keharusan berjabat tangan dengan perempuan serta jawapan kepadanya.


• Pandangan ulama’ mengenai hukum berjabat tangan dengan perempuan tua.










Bahagian Pertama : Pandangan Ulama’ Mengenai Hukum Bersalaman Antara Lelaki Dengan Perempuan










Kebanyakan ulama’ membahaskan hukum berjabat tangan dengan perempuan dengan menyamakan dengan hukum pandangan antara lelaki dan perempuan melalui kaedah qias yang lebih utama (الأولى). Di sini dibawakan beberapa pendapat para ulama’ dalam masalah ini:










1. Disebutkan di dalam kitab بدائع الصنائع yang menyatakan bahawa hukum menyentuh dua anggota ini (dua tapak tangan ), tidak dibolehkan bersalaman antara lelaki dan perempuan. Hal ini kerana, diharuskan melihat perempuan kerana dharurat (keperluan) tetapi ia tidak ada pada sentuhan perempuan. Ini disebabkan perbuatan menyentuh perempuan boleh menaikkan nafsu dan meransang syahwat dengan kadar yang lebih kuat berbanding dengan hanya melihatnya.










2. Dalam kitab رد المختار ada menyebutkan bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh muka seseorang perempuan dan tapak tangannya walaupun aman dari nafsu syahwat kerana kesannya lebih besar daripada melihatnya, tetapi dibolehkan menyentuh perempuan tua yang tidak bernafsu sekiranya aman daripada syahwat. Begitu juga dibolehkan bagi lelaki yang sudah tua menyentuh perempuan sekiranya kedua-dua pihak yakin terhindar dari gangguan syahwat.










3. Di dalam kitab الشرح الصغير Syeikh Ad-Dardir telah menyebut bahawa tidak harus bersalaman dengan perempuan walaupun perempuan tersebut sudah tua dan tidak bernafsu.










4. Telah disebutkan dalam kebanyakan kitab mazhab As-Syafie bahawa haram bersalaman antara lelaki dan perempuan. Antaranya :










• Imam Nawawi menyatakan dalam kitab روضة الطالبين bahawa melihat perempuan adalah perkara yang dilarang, maka larangan menyentuh perempuan adalah lebih utama kerana ianya lebih memberahikan.


• Imam Ramli menyatakan dalam kitab نهاية المحتاج bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh wajah seseorang perempuan asing (الأجنبية), walaupun melihatnya adalah dibolehkan seperti dalam keadaan pengajian, bertunang dan persaksian.


• Imam As-Syarbini menyatakan dalam kitab مغني المحتاج, diharamkan menyentuh seseorang perempuan kerana ianya lebih menaikkan nafsu dan syahwat serta lebih memberahikan berbanding hanya melihatnya.










Doktor Wahbah Az-Zuhaili menyatakan di dalam kitab الفقه الإسلامي وأدلته hukum melihat seseorang perempuan adalah haram, maka menyentuhnya pun diharamkan kerana ianya merangsangkan syahwat dan lebih memberahikan. Ia berdasarkan dalil dan hujah bahawasanya sekiranya air mani keluar dari seseorang kerana menyentuh perempuan maka ia membatalkan puasa, tetapi sekiranya keluar air mani dari seseorang hanya kerana melihat perempuan, puasanya tidak terbatal ”.


















Doktor Yusuf Al-Qardawi menyebut dalam kitab فتاوى معاصرة, haram seseorang lelaki bersalaman dengan perempuan sekiranya nafsu dan syahwat daripada salah satu pihak yang terangsang, ataupun dikhuatiri mendatangkan fitnah mengikut sangkaannya. Begitu juga berpindah hukum daripada harus kepada haram sekiranya seseorang itu menyentuh mahramnya dengan nafsu dan syahwat. Tetapi dibolehkan bersalaman dengan perempuan ketika aman dari fitnah.






Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni menyebut di dalam kitab روائع البيان في تفسير آيات الأحكام bahawa tidak dibenarkan lelaki bersalaman dengan perempuan kerana Nabi S.A.W. tidak melakukannya ketika berbai`ah (mengangkat sumpah) dengan wanita, maka bagaimana kita boleh mengatakan selain daripada Nabi dibolehkan bersalaman dengan perempuan sedangkan mereka tidak aman daripada fitnah dan ransangan syahwat serta tidak aman dari hasutan syaitan yang bergerak di dalam pembuluh darah mereka.






Syeikh Al-Bana telah menyebut dalam kitab الفتح الرباني bahawa haram berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah dan menyentuh kulitnya tanpa ada pelapik.






Dalil Pengharaman Daripada Sunnah






1) Hadith :
















Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ishaq Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim bin Sa'dari Telah menceritakan kepada kami Anak saudaraku Ibnu Syihab dari pamannya Telah mengabarkan kepadaku Urwah bahwanya Aisyah radliallahu 'anha Telah mengabarkan kepadanya, bahwasanya; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menguji kaum wanita yang berhijrah kepadanya dengan ayat ini: "Wahai sang Nabi, apabila wanita-wanita mukminat datang kepadaku hendak berbai'at -hingga firman-Nya- (Allah) Maha Pengampun dan juga Penyayang." (QS. Almumtahanah 2). Urwah berkata; Aisyah berkata; Wanita-wanita mukminat yang mengikrarkan syarat ini, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda padanya: "Sesungguhnya aku telah membai'atmu." Yakni beliau membai'atnya hanya sebatas ungkapan. Dan demi Allah, tangan beliau tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun dalam berbai'at. Beliau tidak pernah membaiat mereka kecuali dengan ungkapan: "Sungguh, aku telah membai'atmu atas perkataan itu." Hadits ini dikuatkan oleh Yunus, Ma'mar dan Abdurrahman bin Ishaq dari Az Zuhri. Dan Ishaq bin Rasyid berkata; dari Az Zuhri dari Urwah dan 'Amrah. – Hadith ke-4512 riwayat Imam Bukhari.






Ulasan : Imam Ibnu Hajar menyebut di dalam kitab Fathul Bari bahawa “perkataan (قد بايعتك كلاما) bermaksud bai`ah tersebut hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa berjabat tangan”. Bahkan Imam Nawawi menyebut dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim bahawa berbai`ah dengan perempuan adalah dengan tidak menggunakan tapak tangan, dan Nabi Muhammad S.A.W. tidak menyentuh kulit perempuan ajnabiah tanpa ada dharurat. Hadith ini juga menunjukkan bahawa Nabi tidak menyentuh tangan wanita ajnabiah yang sama ada ketika bai`ah mahupun selain daripadanya.






Maka difahami disini bahawa Nabi tidak berbuat demikian (bersalaman) walaupun baginda adalah maksum (terpelihara) daripada segala keraguan, dan mereka yang selain daripada baginda lebih utama mengelakkan daripada bersalaman dengan perempuan/lelaki yang bukan mahram. Tetapi telah jelas sebelum ini bahawa tidak boleh berjabat tangan dengan perempuan kerana pengaharamannya. Maka diharamkan menyentuh perempuan ajnabi walaupun bukan pada auratnya iaitu muka dan tapak tangannya.






2) Hadith :
















Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin 'Uyainah berkata; Ibnu Munkadir mendengar Umaimah binti Ruqaiqah berkata, "Aku membaiat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan beberapa wanita, lalu beliau mentalqin kami pada apa yang kami bisa dan mampu. Aku berkata, "Allah dan Rasul-Nya lebih menyayangi kita daripada diri kita. Aku pun berkata, "Wahai Rasulullah, baatlah kami!" Beliau bersabda: 'Sesungguhnya aku tidak menjabat tangan wanita, hanyasanya perkataanku untuk seorang wanita sebagaimana perkataanku untuk seratus wanita." – Hadith ke-25765 riwayat Imam Ahmad.






3) Hadith :












Maksudnya : Telah menceritakan kepadaku Abu At Thahir Ahmad bin 'Amru bin Sarh telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb telah mengabarkan kepadaku Yunus bin Yazid dia berkata; Ibnu Syihab berkata; telah mengabarkan kepadaku 'Urwah bin Az Zubair bahwa 'Aisyah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bertanya, "Apabila para wanita yang beriman hijrah kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, mereka selalu diuji sebagaimana dalam firman Allah 'azza wajalla: '(Hai nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan 'janji setia, bahwa mereka tiada akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina …) ' (Qs. Mumtahanah: 12). 'Aisyah berkata, "Siapa yang memegang teguh janji-janji tersebut dengan setia, berarti mereka lulus dari ujian, dan apabila mereka telah mengingrarkan janji tersebut dengan ucapan mereka di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada mereka: "Pergilah, sesungguhnya kalian telah berbai'at kepadaku." Demi Allah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah memegang tangan seorang wanita pun, beliau membaiat mereka dengan ucapan. Aisyah melanjutkan, "Demi Allah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengambil sumpah kepada kaum wanita kecuali atas apa yang diperintahkan oleh Allah, dan beliau tidak pernah menyentuh telapak seorang wanita pun, apabila beliau membai'at mereka, beliau hanya mengucapkan; "Sesungguhnya saya telah membai'at kalian." – Hadith ke-3470 riwayat Imam Muslim.






4) Hadith :
















Maksudnya : Daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash r.a. : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. tidak berjabat dengan wanita di dalam bai’ah.






Ulasan : Allah S.W.T. berfirman di dalam Surah Al-Ahzab :


















21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).






Maka wajib bagi kita sebagai umat baginda perlu mencontohi Nabi S.A.W. kerana baginda merupakan ikutan yang baik seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas.






5) Hadith :
















Maksudnya : Daripada Ma’qal bin Yasar r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Jika jarum besi dicucuk di kepala salah seorang di kalangan kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).






Ulasan : Hadith ini menunjukkan perumpamaan perbuatan yang boleh membinasakan diri adalah lebih baik daripada tangan seseorang lelaki menyentuh kulit wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).






6) Hadith :
















Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Manshur telah mengabarkan kepada kami Abu Hisyam Al Makhzumi telah menceritakan kepada kami Wuhaib telah menceritakan kepada kami Suhail bin Abu Shalih dari bapaknya dari Abu Hurairah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Sesungguhnya manusia itu telah ditentukan nasib perzinaannya yang tidak mustahil dan pasti akan dijalaninya. Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lidah adalah berbicara, zina kedua tangan adalah menyentuh, zina kedua kaki adalah melangkah, dan zina hati adalah berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan semua itu akan ditindak lanjuti atau ditolak oleh kemaluan." – Hadith ke-4802 riwayat Imam Muslim.






Kesimpulan : Hasil daripada perbahasan diatas maka dapat difahami bahawa tidak boleh seseorang lelaki berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah, bahkan anggota badan mereka. Ini berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan sebelum ini daripada perbuatan baginda S.A.W.






Sesungguhnya syara’ menyatakan pandangan wajib ditundukkan kerana khuatir akan berlakunya fitnah. Maka tidak syak lagi bahawa bersentuhan antara anggota badan lelaki dan perempuan adalah lebih kuat kesannya kepada bangkitnya syahwat tambahan pula ia merupakan faktor yang membawa kepada fitnah berbanding dengan pandangan.






Ditambah pula dengan nilai ketaqwaan kepada Allah yang semakin berkurangan pada zaman ini, dan berkurangnya mereka yang wara`, maka menjauhkan diri dari fitnah dan sebab-sebabnya adalah dituntut. Perbuatan bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan adalah merupakan sebahagian daripada fitnah tersebut, dan segala jalan yang membawa kepada perkara haram perlulah disekat dan dihalang.






Bahagian Kedua : Keraguan Pada Hukum Keharusan Berjabat Tangan Dengan Perempuan Serta Jawapan






1. Diriwayatkan daripada Ummi `Atiah, beliau berkata :




















Maksudnya : Ketika Rasulullah S.A.W. tiba di Madinah, baginda menghimpunkan perempuan-perempuan Ansar di dalam sebuah rumah, kemudian baginda mengutuskan Sayyidina Umar Al-Khattab kepada kami. Saidina Umar berdiri dihadapan pintu serta memberi salam, dan kami menjawab salamnya, dan beliau berkata : Aku ini adalah utusan dari Rasulullah kepada kamu semua, hendaklah kamu jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Maka kami berkata : Ya. Beliau kemudiannya menghulurkan tangannya dari luar rumah dan kami pun menghulurkan tangan kami dari dalam rumah serta berkata : Ya allah, saksikanlah. - Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Al-Bazar, dan Imam At-Thabari.






Jawapan : Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebut dalam kitab Fathul Bari : Sesungguhnya menghulurkan tangan dari sebalik tabir merupakan satu isyarat kepada berlakunya bai`ah walaupun tidak berlaku berjabat tangan. Barangkali juga, mereka menghulur tangan ketika bai`ah tanpa menyentuh satu sama lain (berjabat tangan).






2. Diriwayatkan daripada Ummi `Atiah, beliau berkata :










حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ سِيرِينَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَرَأَ عَلَيْنَا) أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا (وَنَهَانَا عَنْ النِّيَاحَةِ فَقَبَضَتْ امْرَأَةٌ يَدَهَا فَقَالَتْ أَسْعَدَتْنِي فُلَانَةُ أُرِيدُ أَنْ أَجْزِيَهَا فَمَا قَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَانْطَلَقَتْ وَرَجَعَتْ فَبَايَعَهَا






Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abu Ma'mar Telah menceritakan kepada kami Abdul Warits Telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Hafshah binti Sirin dari Ummu 'Athiyyah radliallahu 'anha ia berkata; Kami berbai'at kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lalu beliau pun membacakan ayat kepada kami: "Dan janganlah mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun." Kemudian beliau juga melarang kami untuk melakukan Niyahah (meratap saat tertimpa musibah). Lalu seorang wanita menggenggam tangannya dan berkata, "Sesungguhnya si Fulanah telah membahagiakanku, dan aku ingin segera membalasnya." Namun, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak berkata apa pun pada wanita itu. Wanita itu pergi, kemudian kembali lagi, dan beliau pun membai'atnya. – Hadith ke-4513 riwayat Imam Bukhari.






Lafaz Hadis ( فقبضت امرأة يدها ) menunjukkan bahawa nabi berbaiah dengan mereka menggunakan tangan yakni nabi berjabat tangan dengan mereka.






Jawapan : Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqolani menyatakan di dalam kitabnya Fathul Bari - yang dimaksudkan dengan (فقبضت امرأة يده) ialah






• Pernyataan ini merupakan majaz (menggunakan maksud selain daripada maksud asal) bahawa mereka lewat menerima (قبول) baiah daripada baginda.


• atau bai`ah tersebut (berjabat tangan) berlaku dengan keadaan tangan berlapik.






3. Sesunguhnya perkataan Nabi S.A.W. yang berbunyi ( إني لا أصافح النساء ) yang bermaksud “Aku tidak berjabat tangan dengan perempuan” dikhususkan dalam keadaan berbai`ah sahaja, tidak boleh diambil hukum larangan berjabat tangan tersebut secara mutlak.






Jawapan : Ulama’ Usul Fiqh menyatakan ketetapan dalam kaedah mereka iaitu “Sesuatu hukum tidak boleh diibaratkan kerana sebab yang khusus selagi lafaz tersebut umum”. Maka, hukum haram berjabat tangan adalah mutlak dalam semua keadaan berdasarkan lafaz yang digunakan umum.






4. Berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah dibolehkan kerana ia dianggap sebagai dharurat disebabkan tersebarnya situasi masyarakat berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabiah dan sebaliknya.






Jawapan : Tersebarnya situasi berjabat tangan antara lelaki dan perempuan ajnabiah dan sebaliknya tidak dianggap sebagai dharurat kerana ia tidak boleh mengubah hukum yang jelas daripada Al-Quran dan As-Sunnah melainkan hukum tersebut pada asalnya terbina daripada situasi zaman maka ia akan berubah mengikut peredaran masa dan keperluan.






Bahagian Ketiga : Hukum Berjabat Tangan Dengan Perempuan Tua






Pada bahagian ini, hukum berjabat tangan dengan perempuan tua menurut pandangan para ulama’ adalah seperti berikut :






• Jumhur ulamak : Mazhab Syafie, Maliki dan selainnya mengatakan tidak harus berjabat tangan dengan perempuan ajnabiah samada muda mahupun tua. Disebutkan di dalam kitab الشرح الصغير bahawa Syeikh Ad-Dardir menyatakan tidak harus bersalaman dengan perempuan walaupun perempuan tersebut sudah tua dan tidak bernafsu.


• Mazhab Hanafi dan Hanbali membolehkan berjabat tangan dengan perempuan tua yang tidak bersyahwat. Tetapi sekiranya tidak aman daripada syahwat dan fitnah, ia tidak dibolehkan.










Disebutkan di dalam kitab رد المختار bahawa tidak boleh seseorang lelaki menyentuh muka seseorang perempuan dan tapak tangannya walaupun aman dari nafsu syahwat kerana kesannya lebih besar daripada melihatnya, tetapi dibolehkan menyentuh perempuan tua yang tidak bernafsu sekiranya aman dari syahwat. Disebutkan juga dalam kitab حاشية ابن عابدين bahawa perempuan yang sudah tua tidak mengapa berjabat tangan dengannya dan dibolehkan menyentuh tangannya selagi aman dari syahwat.






Dalam kita المبسوط ada menyatakan sekiranya perempuan tua itu tidak bersyahwat, tidak mengapa bersalaman dan menyentuh tangannya. Manakala di dalam kitab مجمع الأنهار : sekiranya aman dari fitnah, maka harus menyentuh perempuan jika perempuan tersebut tua dan tidak bersyahwat serta dibolehkan juga seorang lelaki yang tua menyentuh perempuan sekiranya kedua-duanya aman daripada fitnah.






Kesimpulan : Berdasarkan keadaan semasa yang berlaku, pendapat yang selamat dipakai ialah pandangan kebanyakan para ulama’ iaitu haram menyentuh antara kulit lelaki dan wanita walaupun salah seorang daripada keduanya telah lanjut usia dan tidak mempunyai syahwat (keinginan). Hal ini berdasarkan kepada sandaran dalil dan perbahasan yang telah dinyatakan oleh para ulama’ dalam masalah ini.












Thursday, April 28, 2011

Ibu

Ibuku ‘Umm Rahimah’, Aku Penyejuk hatimu.....







“Ya Allah ya Tuhanku…jadikanlah anak daku sebagai penyejuk mata, hatiku, serta jadikanlah dia sebagai imam dari kalangan orang-orang yang bertakwa”.


Demikianlah bunyi doa seorang ibu seperti yang dipetik dari Surah Furqan, Ayat 74 yang bermaksud:


“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”


Doa ini sangat mustajab pertama kerana ianya adalah ayat al-Quran dan keduanya kerana ianya didoakan oleh seorang ibu yang ulamak menggelarkannya dengan panggilan ‘Umm Rahimah’. Doanya terhadap anaknya merupakan ‘rahim’ iaitu benteng untuk anaknya bila anaknya keluar rumah, bekerja atau bermusafir mencari rezeki. Jika diamalkan oleh ibu-ibu, antara lain dapat mengelakkan dari berlakunya gejala sosial keatas anak-anaknya, insya Allah.


Islam menghuraikan ‘Umm Rahimah’ ini, sebagai ungkapan untuk seorang ibu yang mempunyai nilai sifat kasih sayang keibuan yang tinggi. Ibu yang mengandungkannya, dan melahirkannya. Dia yang menyusukan. Dia buai, belai, timang, tatang dan mengajar tentang adab dan sopan. Dia memberi makan dan minum, kasih dan sayang, tidur dan bangun, yang sekolahkan dan yang besarkan, yang bagi ubat bila kita sakit dan berjaga malam. Dia mengurus keluarga dan rumahtangga dan dia adalah ‘pengurus terbaik’. Pengurus yang hebat hinggakan anak-anak tidak mampu dan tidak dibolehkan ingkar arahan ibu dalam apa jua keadaan pun. Ketaatan sepenuhnya milik ibu.






Benarlah. Islam kata selepas pengabdian kita terhadap Allah SWT, adalah ibu. Berbanding dengan bapa, Nabi SAW ditanya mengenai tahap penghormatan terhadap kedua ibubapanya, mengikut keutamaan. Lalu Baginda Nabi SAW menjawab hendaklah pertama kepada ibumu, kedua kepada ibumu, ketiga kepada ibumu, sehngga tiga kali, kemudian kepada bapamu. Ini mertabat seorang yang bernama ibu. Nilai pengorbanannya sangat tinggi. Dalam segala segi pengurusan sejak anak dalam kandungan hingga lahir dan dibesarkan dengan pendidikan seiring dengan kasih dan sayang. Manja dan belaian kasih sayang.






Tegas dalam pendidikan dan lemah lembut dalam asuhan, sebagaimana kisah ibu Imam Al-Shafie mendidiknya semasa beliau kecil hingga beliau menjadi ulamak terkenal. Bila anaknya nak masuk rumah, ibunya mengajar beliau supaya memberi salam. Amat tegas didikannya tentang ajaran yang disuruh dan yang dilarang oleh Islam. Hingga dia walaupun masih kecil, ibunya menghantarnya pergi menuntut ilmu. Belia disuruh berguru dengan Imam Malik, yang ketika itu berada di Madinah. Dia yang masih kecil pada masa itu, diamanahkan oleh ibunya melalui salah seorang gabenor ditempatnya untuk dia dihantarkan ke Madinah supaya menuntut ilmu. Pesan ibu, janganlah kau pulang selagi engkau belum menjadi ulamak. Akhirnya jadilah ia ulamak terkenal, seorang imam, al-imam Al-Shafie. Itu adalah salah satu contoh hasil didikan seorang ibu. Ibu yang bergelar Umm Rahimah, yang mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang demi amanah sebagai ibu, takut pada yang Maha Esa, akan amanah menjaga anak-anak. Diiringi doa dan restu serta pengampunan yang berterusan, berkat sebagai ibu, mampu melahirkan ummah yang terbaik. Kita adalah ummah itu. Kita patut berterima kasih kepada ibu yang mengurus kita hingga menjadi sebahagian dari ummah terbaik, disamping kita bersyukur kepada Allah SWT. Itulah ibu, Umm Rahimahku. Daku penyejuk hati ibu.


Tetapi sayangnya, menjelang dewasa, anak mula lupa pengorbanan ibu yang ‘Rahimah’ kepadanya selama ini.


Abdullah bin Mas’ud RA berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah ia amalan yang paling afdhal (yang lebih besar pahalanya)? Sabda Rasulullah SAW, sembahyang di dalam waktunya. “Aku bertanya lagi, kemudian apa dia? Sabda Rasulullah SAW, berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi, kemudian apa dia? Sabda Rasulullah SAW, berjihad pada jalan Allah SWT.”






Firman Allah Taala di dalam Surah Al-Israa’ ayat 23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan bahawa kamu tidak boleh menyembah melainkan kepada-Nya dan dengan kedua ibu bapa kamu berbuat baik.”


Ini menunjukkan betapa besarnya kelebihan berbuat baik kepada kedua ibu bapa, taat kepada mereka dan melayani dengan perangai yang baik. Bukan sahaja Allah SWT. meletakkannya sebagai suatu amal yang mempunyai fadhilat yang sangat besar dan banyak, tetapi ia menjadi suatu kewajipan yang sangat besar.


Ketakwaan anak kepada Allah harus disertai keredhaan ibu. Ia dapat dilihat dengan jelas di dalam kisah Al-Qamah dengan ibunya. Suatu ketika, dengan sikap tergoboh-gapah, isteri Al-Qamah menghadap Rasulullah SAW. mengkhabarkan bahawa suaminya sakit tenat. Isteri Al-Qamah berkata kepada Rasulullah: “Melihat keadaan suamiku itu, aku amat kasihan kepadanya ya Rasulullah.” Mendengar pengaduan itu, hati Rasulullah merasa hiba. Baginda lalu mengutus Bilal, Suhaib dan Ammar untuk melihat keadaan Al-Qamah. Bilal mengajarkan kalimah syahadah ke telinga Al-Qamah. Anehnya mulut Al-Qamah seakan-akan seperti terkunci. Berulangkali dicuba, namun mulutnya tidak sedikitpun terbuka. Tiga orang sahabat itu lalu segera pulang memberitahukan kepada Rasulullah tentang keadaan Al-Qamah. Rasulullah SAW. bertanya kepada para sahabat tersebut: “Adakah sudah kamu talqinkan ke telinganya?” Salah seorang di antara mereka menjawab: “Sudah ya Rasulullah, akan tetapi mulutnya tetap terkunci.” “Kalau demikian, biarlah aku sendiri yang pergi kesana.” Kata Rasulullah. Ketika melihat keadaan Al-Qamah yang terbaring dipangkuan isterinya, Rasulullah SAW bertanya: “Apakah kedua orang tuanya masih ada?” Isteri Al-Qamah menjawab: “Masih ada ya Rasulullah, tetapi ibunya sudah terlalu tua.” “Di manakah dia sekarang?” Tanya Rasulullah. “Di rumahnya, tetapi sangat jauh dari sini,” Jawab isteri Al-Qamah. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh sahabat-sahabatnya pergi menemui ibu Al-Qamah untuk memberitahukan bahawa anaknya dalam keadaan tenat serta menyuruhnya datang bertemu dengan Rasulullah SAW. Kerana Rasulullah SAW yang menyuruhnya datang, maka ibu Al-Qamah pun datang bertemu Rasulullah SAW. Ketika ibu Al-Qamah berhadapan dengan Rasulullah SAW di rumah Al-Qamah maka Rasulullah SAW bersabda: “Wahai ibu Al-Qamah, sesungguhnya anakmu ini dalam keadaan sakarat.” Mendengar pemberitahuan Rasulullah SAW itu, maka dengan segera ibu Al-Qamah berkata, “Biar dia rasakan.” “Tetapi dia dalam keadaan tenat, apakah ibu tidak merasa kasihan kepadanya.” Tanya Rasulullah. Dengan singkat ibunya menjawab, “Dia berdosa terhadapku.” “Ya,akan tetapi maafkanlah dia. Sudah sepatutnya seorang ibu memaafkan dosa anaknya.” Pujuk Rasulullah. “Biarlah dia masuk neraka dengan dosanya”, Jawab ibunya itu. Maka Rasulullah SAW mencari helah. Rasulullah SAW bersabda kepada Bilal bin Rabah: “Wahai Bilal kumpulkan kayu api sebanyak-banyaknya.” “Untuk apa kayu api yang engkau suruh kumpulkan itu ya Rasulullah?” Tanya Bilal kehairanan. “Akan aku gunakan untuk membakar Al-Qamah. Daripada ia hidup dalam keadaan terseksa seperti itu, lebih baik ia dibakar agar cepat mati. Itu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan lamanya ia menanggung sakit.” Jawab Rasulullah SAW. Setelah mendengar perkataan Rasulullah itu, maka ibu Al-Qamah tersentak. Hatinya membayangkan apa yang akan terjadi jika anaknya itu dibakar hidup-hidup. Ibunya lalu menghadap Rasulullah SAW dan bertaubat atas keengganannya untuk mengampunkan dosa anaknya itu sambil memohon: “Ya Rasulullah, jangan engkau bakar anakku itu, sesungguhnya aku telah mengampunkan segala dosanya.” Mendengar ungkapan ibunya itu maka legalah hati Rasulullah SAW kerana berjaya melembutkan hati seorang ibu yang menaruh dendam kepada anaknya. Baginda lalu datang mendekati Al-Qamah dan membaca syahadah.


Setelah keampunan diterima oleh Al-Qamah dari ibunya maka keadaannya sangat berbeza dengan sebelumnya kini mulutnya sudah mulai bergerak membaca syahadah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Selepas itu, Al-Qamah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan mengucap dua kalimah syahadah dan dia meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.






Diriwayatkan di dalam kisah Abu Bakar Al-Kattani dan ibu tercinta, di masa remajanya, Abu Bakar Al-Kattani pernah minta izin kepada ibunya untuk mengerjakan haji di Makkah. Ibunya mengizinkannya. Maka berangkatlah dia dari Baghdad menuju Makkah. Ketika sampai di suatu padang pasir, dia bermimpi bahawa dia mesti membersihkan dirinya terlebih dahulu. Kerana mimpinya itu, dia berpendapat dirinya belum mempunyai persediaan yang cukup untuk meneruskan perjalanannya. Oleh kerana itu, Al-Kattani berpatah balik ke Baghdad dan segera pulang ke rumahya. Ternyata dia mendapati ibunya sedang duduk di sebalik pintu menunggu-nunggu kedatangannya. “Bukankah ibu sudah mengizikan aku pergi ke Makkah?” Tanya Al-Kattani. “Betul, akan tetapi sebaik saja engkau pergi hatiku tidak tenang dan duduk sahaja di tempat ini. Aku tidak sanggup melihat rumah itu tanpa engkau.” Jawab ibunya: “Aku telah bertekad untuk tidak bergerak dari tempat ini sehingga engkau kembali.” Maka Abu Bakar Al-Kattani tidak mahu lagi menempuh perjalanan jauh atau mengharungi padang pasir selagi ibunya masih hidup. Apabila ibu yang dicintainya itu telah pulang ke rahmatullah, dia pergi ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Dia menghabiskan malam-malmnya di Masjidil Haram dengan beribadah. Al-Kattani menceritakan bahawa ketika dia sedang berada di padang pasir dia telah berjumpa dengan mayat seorang fakir. Anehya mayat itu tersenyum. “Mengapa engkau tersenyum? Padahal engkau mayit.” Kata Abu Bakar Al-Kattani. Tiba-tiba terdengar suara yang memeranjatkan hatinya: “Wahai Abu Bakar! Begitulah keadaan mayat kekasih Allah.” Begitulah ketulusan hati Abu Bakar Al-Kattani dalam menghargai perasaan ibunya, sehingga dalam kehidupannya memperoleh kenikmatan dan kelazatan serta keredhaan Allah.










Diriwayatkan juga di dalam suatu kisah tentang seorang pemuda yang amat mentaati perintah ibunya.Pada zaman Nabi Musa as ada lelaki yang soleh, dia ada seorang anak yang masih kecil dan memiliki seekor anak lembu. Anak lembu itu dibawanya ke hutan lalu dilepaskannya sambil berdoa: “Ya Allah saya lepaskan lembu ini dan saya mohon penjagaan-Mu, kerana ia akan saya serahkan kepada anak saya apabila ia sudah besar nanti.” Tidak lama kemudian lelaki yang soleh itupun meninggal dunia. Maka hiduplah lembu itu bebas tanpa pengembala, bila terlihat manusia ia akan lari masuk ke dalam hutan. Anaknya setelah besar menjadi anak yang soleh pula. Dia sentiasa berbakti kepada ibunya, sehingga dia membahagi waktu malam kepada tiga bahagian: Sepertiga untuk beribadah, sepertiga untuk tidur dan sepertiga lagi untuk menjaga ibunya. Pagi-pagi dia ke hutan mencari kayu api, kemudian di bawa ke pasar untuk dijual, hasilnya juga dibahagikan kepada tiga bahagian. Sepertiga untuk bersedekah, sepertiga untuk makan dan sepertiga lagi diberikan kepada ibunya. Pada suatu hari berkatalah ibunya: “Hai anakku, sewaktu ayahmu akan meninggal dunia ia telah mewariskan kepadamu seekor lembu yang berada di hutan bebas, sedangkan Allah SWT yang menjaganya. Maka pergilah engkau ke sana untuk mengambil lembu itu. Tapi sebelum pergi berdoalah dahulu kepada Allah semoga Allah mengembalikan lembu itu kepadamu. Tanda-tanda lembu itu, bulunya berwarna kuning berkilau-kilauan seperti emas bila terkena sinar matahari.” Pemuda itupun pergi ke hutan mencari lembu itu. Setelah tiba di hutan, dia melihat seekor lembu sedang makan rumput. Lalu dia berdoa kepada Allah: “Demi Tuhan Nabi Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Ya’kub aku panggil hai lembu, datanglah segera kepadaku.” Dengan izin Allah datanglah lembu itu kepadanya. Lalu dipegangnya leher lembu itu dan dibawanya pulang. Tiba-tiba lembu itu berkata kepadanya: “Wahai pemuda, naiklah ke atas punggungku agar engkau tidak penat berjalan.” Pemuda itu menjawab: “Ibuku tidak pernah menyuruh demikian, dia berkata supaya pegang lehermu.” Pada suatu hari ibunya berkata kepadanya. “Hai anakku, engkau miskin tidak berharta, sudah agak berat bagimu bekerja mencari kayu api, sedangkan setiap malam engkau selalu bangun beribadah, oleh itu, lebih baik kamu jual sahaja lembu itu.” Anaknya bertanya: “Kalau kita jual lembu itu berapa harganya?” Jawab ibunya: :Tiga dinar, dan jangan engkau jual lembu itu sebelum berbincang dahulu denganku.” Setelah lembu itu dibawa ke pasar oleh pemuda itu, Allah SWT mengutus malaikat untuk menguji sejauhmana ketaatan pemuda itu kepada ibunya. Malaikat bertanya: ‘’Berapa akan kamu jual lembumu ini?” Jawab pemuda itu: “Tiga dinar.” Malaikat berkata: “Bagaimana kalau saya beli enam dinar dengan syarat jangan beritahu ibumu.” Pemuda itu menjawab: “Jika engkau membeli lembu saya dengan emas seberat lembu ini sekalipun tidak akan saya jual sebelum mendapat restu dan persetujuan dari ibu saya.” Lalu pemuda itu pulang memberitahu ibunya. Kata ibunya: “Juallah lembu itu seharga enam dinar dengan redhaku.” Kemudian pemuda itu pergi ke pasar menemui malaikat dan berkata: “Ambillah lembu saya ini seharga enam dinar dengan redha ibuku.” Malaikat berkata: “Saya beli lembu ini seharga dua belas dinar, jangan beritahu ibumu.” Pemuda itu pulang untuk memberitahu ibunya bahawa lembu itu akan dibeli seharga dua belas dinar. Sesampai sahaja pemuda itu di rumah maka ibunya berkata: “Wahai anakku, ketahuilah bahawa yang akan membeli lembumu itu adalah malaikat. Sekarang kembalilah kepadanya dan tanyakan apakah lembu ini boleh dijual atau tidak. Ketika dia kembali menemui malaikat, malaikat itu berkata: “Pulanglah kamu wahai pemuda dan katakan kepada ibumu bahawa lembu ini jangan dijual, sebab Nabi Musa as akan datang kepadamu untuk membeli lembu ini kerana kejadian pembunuhan di kalangan Bani Israil. Bila lembu ini ingin mereka beli, jangan engkau jual kecuali dibelinya dengan emas seberat lembu ini.” Tidak lama kemudian terjadilah peristiwa pembunuhan di kalangan Bani Israil, untuk mengetahui siapa pembunuhnya. Maka Nabi Musa as menyuruh mencari seekor lembu untuk disembelih sesuai dengan wahyu Allah SWT dengan persyaratan-persyaratan yang cukup. Padahal lembu tersebut sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada Nabi Musa as adalah lembu kepunyaan pemuda itu. Maka terpaksalah orang-orang Bani Israil membeli lembu tersebut sesuai dengan yang dipesankan oleh malaikat, iaitu dengan emas seberat lembu. Inilah kisah seorang oemuda miskin di zaman Nabi Musa as yang diberi rahmat dan kurnia oleh Allah SWT kerana taat dan patuh terhadap perintah ibunya.


Ketaatan anak kepada kedua ibubapanya tidak berakhir walaupun kedua mereka meninggal dunia. Dari hadis Abu Daud meriwayatkan, telah datang seorang bertanya pada Rasulullah SAW adakah sesuatu kebaikan yang masih ia dapat lakukan kepada ibubapanya setelah mereka meninggal dunia. Rasulullah SAW menjawab:


“Ada, iaitu mendirikan solat jenazah bagi keduanya, berdoa meminta ampun bagi keduanya, melaksanakan apa yang menjadi janji keduanya, memuliakan orang yang menjadi sahabat keduanya dan memberi pertolongan kepada keluarga yang bergantung kepada keduanya.”


Ziarah kubur kedua ibu bapa yang meninggal adalah dikira sebagai amalan bakti, sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW:


“Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibu bapanya atau salah seoarang diantara mereka setiap hari Jumaat, nescaya diampuni dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti.”


Berbakti kepada kedua ibubapa membawa berkat dan dipanjangkan umur, sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW:






“sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibubapanya dan menyambung tali silaturrahim.”


Semoga kita memuliakan ibubapa kita dan menjadikan kita dimuliakan pula oleh anak-anak kita dengan pahala bakti yang berterusan turun temurun melalui zuriat penyejuk hati kita, dari seoarang ibu yang bergelar ‘Umm Rahimah’ dan juga dari seoarang bapa yang bergelar ‘Abu Rauf’.


WaLlahu'alam