Sunday, May 15, 2011

3 Perkara membuktikan kehebatan Imam As-Shafie


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs612.snc4/59280_132296680151637_100001139171664_173837_5682887_n.jpg
Imam As-Syafie bertemu dan Imam Ibnu Hanbal selama 3 hari, 3 perkara terbongkar apabila puteri Imam Ibnu Hanbal mengemukan 3 persoalan:
1-Kenapa Imam As-Shafie makan di rumah Imam Ibnu Hanbal dengan banyak, sedangkan seorang imam terkenal sepatutnya zuhud dan makan sedikit? Jawapan Imam As-Shafie ” Saya makan banyak kerana bapa kamu adalah seorang pemurah dan wara’, maka makanan yang disediakan oleh orang yang pemurah dan wara’ akan memberi berkat kepada pemakannya”.
2-Kenapa Imam As-Shafie tidak solat tahajjud pada waktu malam dan sentiasa tidur, sedangkan kelaziman seorang ulama’ adalah banyak bertahajjud diwaktu malam ?. Imam As-Shafie menjawab: ” Saya tidak tidur di waktu malam, saya hanya berbaring dan berfikir tentang hukum fekah dan jawapannya untuk panduan ummah, setiap malam saya berjaya menyediakan 100 masalah feqah dan 100 jawapan untuk masalah tersebut “.
3-Kenapa Imam As-Shafie bersolat subuh tanpa mengambil wuduk ? Jawapan Imam As-Shafie : ” Saya tidak tidur pada waktu malam dan wuduk saya tidak batal, oleh itu saya gunakan wuduk yang sedia ada untuk solat subuh “.
Begitulah kehebatan umat terdahulu yang hidup sentiasa dalam ilmiah, hidup mereka ikhlas kerana Allah SWT, mereka tidak mencari pangkat tetapi pangkat mencari mereka. Mereka tidak  gunakan pangkat ulamak dan kepakaran mereka untuk mencari duit atau habuan tetapi duit akan mencari mereka. Mereka bertemu untuk ilmu dan tanpa bermatlamatkan politik dan menjual agama Allah SWT tetapi pertemuan sekarang sama ada orang politik, cendikiawan, pakar-pakar, ulamak dan sebagainya semuanya bermatlamatkan politik dan habuan serta kepentingan peribadi. Zaman mengejar pahala Allah SWT dan membentuk keikhlasan dalam jiwa tidak lagi wujud, sehingga ayat-ayat suci Al-Quran dan doa munajat dipersedakan dengan alunan-alunan muzik. Kini sudah sampai masanya larangan dan apa yang Rasulullah SAW takuti telah menjadi budaya dan persendaan masyarakat Islam, Ibadat dan pesta tidak ada perbezaan. Wallah Hua’lam. Nauzubillah Min Zalik.
Ya Allah jadikanlah diriku  hambaMu yang sentiada hidup dalam kawalan Mu setiap saat, sesungguhnya syariatMu terlalu sempurna walaupun di dalam tandas dan di angkasa raya telah Engkau sediakan hukum dan hakam yang amat sempurna. Jauhkanlah diriku dari ternoda dengan insan sekular yang menyembahMu hanya di dalam solat dan Ibadat sahaja sedangkan memusuhiMu dalam semua tindakan lain serta berani mencipta syariat selain daripada syariatMu… Amin Ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment