Wednesday, May 4, 2011

Amalan/ Adab Sebelum Tidur

Assalamualaikum........
Amalan adab sebelum tidur ini adalah satu amalan yang makin luput dari skop minda manusia.

Mungkin kita lupa bahawa Rasullullah S.A.W menjaga adab sebelum tidur ini, baginda insan Kamil, Ma’sum tetapi kita, MasyaALLAH terasa malunya jika sunnah yang mudah ini kita abaikan.

Amalan sebelum tidur ini saya terima dari tok guru saya.

Antara fadhilat yang pernah tok guru  saya terangkan:

1) Jika amalkan sebelum tidur, insyaALLAH akan terlindung dari kecurian, kebakaran , mala petaka ketika tidur dan yang paling penting ‘Mati meragam’, NauzubILLAH.

2) Jika ada pencuri tegar masuk ketika kita tidur, keesokan pagi kita akan dapat melihat acara ‘renang gaya bebas’ di atas lantai dalam rumah kita yang dipersembahkan oleh pencuri tersebut. Jika terjadi sedemikian, jangan dihebohkan malahan lepaskan pencuri tersebut bersama dengan hadiah yang berbentuk makanan. Kenapa? Kerana ada perut yang perlu diisikan.

3) Keluarga terhindar dari niat jahat makhluk sama ada jin ataupun manusia.

4) Dan fadilat selainnya adalah dari ALLAH jua.

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Harus diingati dan ditetapi, janganlah kita beramal kerana mengejar fadhilat. Beramallah IKHLAS kerana ALLAH untuk mendapat keredhaan dan rahmat ALLAH, kerana itulah yang paling penting bagi kita sebagai hamba di sisiNYA.

Di bawah adalah adab/ amalan sebelum tidur:

a. Wudhuk

b. BasmALLAH 21x ( 3x, dilakukan 1x satu nafas). Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan kalimah ‘HU’..


c. Tadahkan tangan seperti berdoa, lunjurkan kaki kemudian bacalah surah-surah dibawah.

d. Al-Fatihah 1x

e. Ayat Kursi 1x

f. Al –Ikhlas 1x

g. Al- Falaq 1x

h. An-Nas 1x

i. Selepas selesai baca, hembuskan ke tangan sehingga habis nafas kemudian gosok ke seluruh anggota tubuh tanpa mengangkat tangan (kecuali kemaluan dan tapak kaki).

j. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W 10x

k. Mengucap 2 kalimah syahadah

l. Rebahkan diri ke tilam empuk anda, ucapkan 2 Kalimah syahadah sekali lagi bersama dengan pengertiannya di dalam bahasa yang kita fahami.


InsyaALLAH, semoga tidur anda di dalam perlindungan ALLAH.

Ada orang mempersoalkan, Rasullullah S.A.W hanya membuat langkah a, c, f-i sahaja. Kenapa ada yang lebihan?

Bagi saya mudah saja, saya jawab melalui soalan semula, salahkah kita bermunajat lebih kepada Pencipta kita dalam mendapat keredhaanNYA? Berdosakah kita ‘bermanja’ dengan Penguasa sekalian alam? Adakah unsur- unsur mensyirikan ALLAH di situ? Jawapannya ada di dalam diri para pembaca sekalian.

Pembaca yang saya hormati,

Ada dari kalangan kita kadang-kadang letih dan terlalu penat.

Jadi, jika tidak dapat lakukan semua adab, memadailah dengan lakukan a, c-h dan k.

InsyaALLAH, ALLAH memandang kepada keIKHLASAN beramal bukan kepada keterpaksaan beramal.

Adab di atas amat dianjurkan ke atas pesakit dalam proses mencari redha dan rahmat ALLAH untuk sembuh.

InsyaALLAH, dikesempatan yang akan datang, akan saya kongsikan cara untuk melihat apa yang ingin kita lihat semasa tidur (mimpi).

Sekian dahulu dari saya yang jahil lagi daif ini.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH sebagai tanda saya makhluk tidak mampu apa-apa tanpa dengan izin dariNYA.

WALLAHUALAM

No comments:

Post a Comment