Friday, May 27, 2011

Kelebihan Memakai Serban


Riwayat Watsilah bin Al-Asyqa’, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: ”Bahawasanya Allah Ta’ala dan malaikatnya mensalawat, yakni memberi rahmat dan minta ampun mereka itu atas orang yang memakai serban pada hari Jumaat. Maka jika mendukacita akan dia oleh panas, maka tiada mengapa dengan membuang akan dia daripada kepala dahulu daripada sembahyang dan kemudian daripadanya, dan tetapi jangan dubuang kan dia pada waktu berjalan kepada Jumaat dan waktu sembahyang dan pada waktu khatib di atas mimbar dan pada waktu membaca khutbahnya, seperti yang tersebut dalam Ihya’.
Dan sabda Nabi SAW bermaksud: ”Serban itu mahkota orang Arab”.
Yakni serban itu nisbah bagi orang Arab menempati mahkota bagi raja-raja, kerana kebanyakan ada mereka itu dengan dusun, padahal kepada mereka itu terbuka dan serban pada mereka itu sedikit.
Dan sabda Nabi SAW bermaksud : “Pakailah serban oleh mu, maka sesungguhnya malaikat memakai serban mereka itu”.
Dan sabda Nabi SAW bermaksud : “Bahawasanya Allah Ta’ala dan malaikatNya menselawat, yakni memulia dan meminta ampun mereka itu atas orang yang memakai serban pada hari Jumaat”
Dan sunat bagi Imam memakai serban pada hari Jumaat dan sunat bagi Imam melebihi pada membaikkan kelakuannya dan perangainya pada hari Jumaat.
Dan sabda Nabi SAW bermaksud : ”Sembahyang dua rakaat dengan memakai serban itu terlebih baik daripada 70 rakaat dengan tiada serban”.
Kata Munawi : “Kerana sembahyang itu masuk Hadharat Al-Malik dan masuk kepada Hadharat (menghadap) raja-raja dengan tiada perhiasan itu menyalahi adab”.
Dan sabda Nabi SAW bermaksud : “Pakai serban olehmu, maka bahawasanya syaitan tiada memakai serban”.
Dan sabda Nabi SAW : “Serban itu alamat bagi malaikat, yakni pada perang Badar, maka lepaskan olehmu akan dia, yakni akan kuncinya pada pihak belakang kamu”.
Kata Aisyah Radhiyallahu’anha : Tiada aku lihat akan Rasulullah SAW cemar (kotor) tubuhnya sekali-kali, dan adalah Nabi SAW bersabda : Bahawasanya Allah SWT murkai akan cemar-cemar (kotor-kotor) dan kusut-kemusut. Dan sekurang-kurang barang yang datang warid pada kunci serban itu empat jari panjangnnya. Dan sebanyak-banyak barang yang datang warid sehasta panjangnya dan antara keduanya satu jengkal panjangnya seperti yang tersebut di dalam Tanbih Al-Akhbar.
Dan sabda Nabi SAW : Bertanda olehmu, yakni jadi olehmu bagi kamu tanda dengan memakai pakaian, maka bahawasanya malaikat beralamat mereka itu dengan memakai.
Kata Ibnu Hajar di dalam Tanbih Al-Akbar : “Dan sesungguhnya menyuruh akan kami Rasulullah SAW dengan memakai yang terlebih elok barang yang kami dapat. Dan bahawa kami memakai bau-bauan yang terlebih baik brang yang kami dapat. Dan bahawa kami memakai akan yang putih, bahkan pada hari raya di dahulukan yang terlebih elok yang lain daripada yang putih yang tiada elok. Maka sunat pada hari raya mendahulukan yang hijau atas yang putih atau yang mmpunyai warna. Maka bahawasanya yang hijau itu afdhal daripada segala warna kemudian daripada yang putih”



No comments:

Post a Comment