Monday, January 31, 2011

Janggut

Hadis #1

Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sepuluh perkara
adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu
disebutkan" (dari Abu Daud)

Hadis #2
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, " Di antara fitrah Islam ialah
mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang
Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu
daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan
janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban)

Hadis #3
Di dalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di
beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai
misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini
Rasulullah saw bersabda. " Di dalam agama kami, kami diperintahkan
mengerat misai dan memanjangkan janggut"

Hadis #4
Ibn Asaakir dan yang lain-lainnya telah memberitakan bahawa Hasan ra
meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, " terdapat sepuluh kebiasaan
yang ada di kalangan umat nabi Lot yang menyebabkan punca kebinasaan
keatas mereka. Di antara kebiasaan itu di senaraikan juga mengenai
pencukuran janggut dan memanjangkan misai"

Hadis #5
Zaid Ibni Habib ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak tertahan lagi
melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra
kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu
kepada mereka; "Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan
wajahmu seperti ini?" mereka menjawab, " Tuan kami, Maharaja Kisra
memerintahkan kami"
Rasulullah saw bersabda, " Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku
Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai."

Hadis #6
Zaid bin Arqam ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda, "
Barangsiapa tidak mengerat misainya bukanlah daripada kami,"
( dari Termizi)

Dan banyak lagi dalil tentang pentingnya menyimpan janggut.... sekarang
mari kita lihat apa kata ulamak-ulamak muktabar...

Imam Ahmad bin Hambal rah di dalam kitabnya "Kitabuz Zuhud" meriwayatkan
daripada Aqil ibni Mudrik bahawa Allah telah mewahyukan kepada salah
seorang daripada Nabinya daripada kalangan ambya bani israel; bahawa
beliau hendaklah memberitahu kaumnya jangan memakan makanan
musuh-musuhku, dan mereka jangan menyerupai wajah-wajah mereka seumpama
musuh-musuhku; jikalau mereka lakukan ini mereka juga akan menjadi
musuh-musuhku"

Di dalam kitab Mali Hal, Imam Abu Daud menyatakan,"Inilah sebabnya
mencukur janggut adalah haram menurut semua Imam; Imam Abu Hanifah, Imam
Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan yang lain-lainnya"

Di dalam kitab Durri Mansur, " Tidak ada sesiapa pun yang pernah
membenarkannya, beliau telah bersetuju bahawa terdapat kata sepakat di
dalam pelarangan mencukur janggut"

Daripada Kitab pendapat Imam Syafie " Al Ibaabi", Imam Ibn ArRifah
berkata bahawa Imam Syafie rah di dalam kitabnya "Kitabul Um" telah
menyatakan dalam pembahagiannya bahawa mencukuri janggut adalah haram.

Daripada mazhab Maliki dalam kitab "Kitabul Ib 'Daa", " Tanpa ragu-ragu
lagi keempat-empat Mazhab bersetuju bahawa janggut hendaklah
dipanjangkan, dan bahawasanya pencukuran terhadapnya adalah haram"

Di dalam kitab Mazhab Hambali " Sharhul Muntahaa" dan " Sharhul
Manzumatul Aadab" dinyatakan bahawa " Pendapat yang paling diterima
bahawa ianya adalah haram untuk mencukur janggut"

Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut
adalah haram. (kitab Al Qasim)

Imam Qurtubi menyatakan, " pencukuran janggut, mencabut keluar semua
rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan"

Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa
mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu

Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang
memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar,
kemudian mengulasinya " Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan
meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap
mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan
dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan
dialami"

Ibn Umar ra meriwayatkan bahawa, " Dia yang menyerupai orang-orang kafir
dan mati di dalam keadaan itu, dia akan dibangunkan bersama-sama mereka
di hari Qiamah"

Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa" di sebut, "
Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini
adalah pondan"

Saidina Umar ra dan Ibn Abi Lailah ra, yang menjadi Qadhi Madinah telah
menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya.

Insyallah semoga dalil-dalil ini cukup untuk kita ambil iktibar.
Walaupun perkara membela janggut.

Larangan Mencaci Orang Yang Sudah Meninggal

  • Diriwayatkan dari Aisyah ra. : Rasulullah Saw pernah bersabda, “jangan mencerca orang-orang yang sudah meninggal, karena sesungguhnya mereka telah mencapai tempat tujuan mereka”.

Tulang dan Kotoran Binatang sebagai Makanan Jin

  1. diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. bahwa suatu ketika Nabi Saw membawa sebelanga air untuk berwhudu dan berhajat. (ketika ia [Abu Hurairah] mengikutinya, Nabi Saw bersabda, "siapa ini?" ia berkata, "aku, Abu Hurairah". Nabi Saw bersabda, "bawakan aku batu, jangan tulang atau kotoran hewan". Abu Hurairah selanjutnya berkata; maka dengan ujung bajuku aku membawakan sejumlah batu dan setelah itu pergi menjauh. setelah selesai, aku berjalan bersamanya dan berkata, "mengapa (kau melarangku membawa) tulang atau kotoran binatang?" Nabi Saw bersabda, "itu makanan jin"