Saturday, April 23, 2011

Surat Cinta ana kpd RASULULLAH

Kepada Rasulullah Saw.
Assalamu’alaikum ya Rasullullah,
Sebelum diriku mulai berbicara, sudah tergambar di pikiran ini.
Betapa bahagianya dirimu di sisi Allah.
Betapa bertuahnya dirimu menjadi pilihanNya.
Betapa beruntungnya dirimu ditabalkan menjadi utusanNya.
Dikaulah penghulu sekalian Nabi, pembawa rahmat buat sekalian alam.
Ya Rasulullah…
Di kesempatan ini, aku ingin kabarkan padamu. Aku rindu padamu ya Rasulullah. Aku dambakan pertemuan denganmu ya Rasulullah. Seringkali aku bertanya pada diri ini. Pada hayatku ini, aku belum sempat bertemu denganmu ya Rasulullah. Terpilihkah diriku ini untuk bertemu denganmu di akhirat sana? Ingin sekali kutatap wajah indahmu. Kutadahkan tangan ini memohon pada Illahi, agar aku dapat dipertemukan denganmu.
Ya Rasulullah, walaupun hanya sekedar menatap pusaranmu, itu sudahlah cukup bagiku. Tapi berpeluangkah diri ini?
Ya Rasulullah…
Walaupun kita tidak pernah bersua, sirahmu menjadi pedoman hidupku. Engkaulah qudwahku. Betapa hebatnya perjuanganmu. Betapa tabahnya dirimu menerima tarbiah dari Tuhan. Malu untuk diri ini berkata-kata.
Ya Rasulullah…
Diri ini pernah berjanji untuk mengamalkan sunnahmu. Diri ini juga pernah berjanji untuk menyambung rantai perjuanganmu. Namun,seringkali aku rebah dalam berjuang. Seringkali diri ini terasa lemah. Penat dan letih ya Rasulullah. Kaki ini telah gagal untuk terus melangkah. Aku gagal,ya Rasulullah.
Disaat diriku mendambakan dirimu bersamaku. Ingin aku adukan padamu kepedihan yang aku rasa. Ingin aku adukan kesakitan yang aku derita. Ingin aku adukan segala-galanya ya Rasulullah. Malu diri ini untuk berhadapan denganmu. Aku malu dengan pengakuanku. Namun itulah yang aku lalui. Kucoba menelusuri sirahmu, ya Rasulullah. Mencari-cari semangat juang yang engkau tinggalkan. Mengutip kembali segenggam tabah yang engkau wariskan. Tapi aku tetap gagal untuk bangun dari kejatuhanku.
Lalu kucoba lagi,ya Rasulullah. Ku usap butir jernih yang jatuh tanpa henti. Ku kutip sisa-sisa semangat yang masih berkaki. Aku akan terus mencoba,ya Rasulullah. Andai harta yang jadi taruhan, andai nyawa yang harus dikorbankan, akan aku buktikan. Demi meneruskan perjuangan ini, aku sanggup ya Rasulku.
Ya Rasulullah…
Walaupun kita tidak pernah bersua, sirahmu menjadi pedoman hidupku. Engkaulah qudwahku. Betapa hebat perjuanganmu. Betapa tabahnya dirimu menerima tarbiah dari Tuhan. Malu diri ini untuk berkata-kata.
Ya Rasulullah…
Seandainya aku yang tinggal di zaman yang kurang baik ini dapat bertemu denganmu, yang hidup di zaman keemasan Islam, aku akan sangat bersyukur. Aku ingin melihat sifat-sifat yang terpatri dalam dirimu, yang bijak dan banyak dibicarakan oleh sahabatmu. Kejujuran yang benar – benar nyata adanya. Kebaikan hatimu, serta seluruh sifat-sifat baikmu yang tak bisa kutemukan di zaman sekarang.
Seluruh sahabat – sahabatmu bahkan mengambil air bekas wudhumu. Mengambil rambut bekas rukukmu. Itu semua dilakukan karena mereka tahu betapa besar segala berkah yang ada pada dirimu. Bahkan disana, seperti apapun keadannya, engkau selalu berbuat bijak.
Musuh yang selalu melemparkan kotoran padamu, saat engkau keluar rumah, kau hadapi dengan sabar. Bahkan engkau datang yang pertama kali untuk menjenguk orang itu saat ia sakit.
Ya Rasulullah…
Alangkah bahagianya bila aku bisa bertemu denganmu. Berjumpa dengan manusia pilihan sepertimu. Aku kerap kali berandai – andai atau berkhayal bila nanti aku dilahirkan kembali, aku sangat berharap bisa dilahirkan pada zamanmu.
Ya, Rasulullah…
Aku ini merasakan kelembutan tanganmu.
Kejernihan jiwamu.
Kepedulian dirimu pada seluruh umat.
Segala yang ada dalam dirimu akan selalu menjadi yang terbaik bagiku.
Ya Rasulullah…
Mungkin hanya kaulah satu-satunya pemimpin yang pada malam hari menjaga umat-umatmu. Sedangkan umatmu tengah tertidur pulas di kasur raja-raja. Perbuatanmu itu mencerminkan betapa pedulinya engkau pada umatmu. Tidak itu saja. Engkau bahkan rela tidak makan berhari-hari demi kemaslahatan umatmu. Semua harta bendamu diberikan kepada yang lebih berhak. Bahkan bila engkau punya sepotong roti saja untuk mengganjal perutmu, dan jika ada pengemis yang datang meminta, engkau pasti memberikannya dengan ikhlas. Jika engkau tak mempunyai makanan, engkau berpuasa terus menerus.
Sungguh mulia dirimu ya Rasulullah.
Berabad-abad sudah berlalu
namun namamu masih melekat di hatiku
tak pernah aku bertemu atau berjumpa denganmu
tak pernah aku melihat langsung dakwahmu
namun sinar cahaya itu mampu menebus jaman dan ruang
menembus perbedaan di antara seluruh umat manusia
cahaya itu tak pernah redup sampai akhir zaman
Rasulullah SAW , begitu agung namamu
bergetar hati ini , menangis , rindu bertemu dengan mu
rindu pada suri tauladan yang kau berikan
rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu
rindu pada kedamaian yang kau ciptakan
Rasulullah SAW , rindu pada kepemimpinanmu
Cinta dan kasih sayang mu tiada tara
Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu
Umatmu sekarang banyak yang sudah menjauhi suri tauladanmu
banyak yang sudah berubah dari garis awal
pun saya merasa demikian
Rasulullah SAW ,hingga akhir masa nanti.
 aku rindu padamu
kami rindu padamu
Rasulullah Nabi Muhammad SAW
Aku yakin sinar yang kau bawa tak kan pernah padam
Allahumma Solli Ala Muhammad
semoga shalawat itu akan tetap berdengung
Wahai Rasul Penghulu Sekalian Nabi,
Maafkan aku, maafkanlah aku.
Di akhir qalamku ini.
Sekali lagi ingin aku lafazkan.“ Aku merindukanmu, ya Rasulullah..”

Senarai Surah Juzuk Amma (30) & Hafazan

Di peringkat awal, harus ada usaha sekurang-kurangnya menghafaz juzuk 30 di dalam al-quran. Bak kata seseorang yang tidak perlu diketahui namanya :
“Kalau takde sekurang-kurangnya satu juz quran di dada kita, kita takkan terlarat nak meneruskan perjalanan…”
Senarai surah juzuk 30
078. AN NABA
079. AN NAAZI’AAT
080. ‘ABASA
081. AT TAKWIIR
082. AL INFITHAAR
083. AL MUTHAFFIFIIN
084. AL INSYIQAAQ
085. AL BURUUJ
086. ATH THAARIQ
087. AL A’LAA
088. AL GHAASYIYAH
089. AL FAJR
090. AL BALAD
091. ASY SYAMS
092. AL LAIL
093. ADH DHUHAA
094. ALAM NASYRAH
095. AT TIIN
096. AL ‘ALAQ
097. AL QADR
098. AL BAYYINAH
099. AZ ZALZALAH
100. AL ‘ADIYAAT
101. AL QAARI’AH
102. AT TAKAATSUR
103. AL ‘ASHR
104. AL HUMAZAH
105. AL FIIL
106. QURAISY
107. AL MAA’UUN
108. AL KAUTSAR
109. AL KAAFIRUUN
110. AN NASHR
111. AL LAHAB
112. AL IKHLASH
113. AL FALAQ
114. AN NAAS
Secara keseluruhan, ada 37 surah yang perlu dihafal.
Selalunya, kita sudah terhafal serba sedikit 22 surah terakhir (surah 93-114) disebabkan kita selalu membacanya sewaktu kecil atau selalu mendengar orang lain membacanya.
Jadi hanya tinggal 15 surah sahaja lagi yang perlu dihafal.
Apa yang perlu dilakukan untuk menghafal ialah :
1. Biasakan dahulu membaca surah yang ingin dihafal secara keseluruhan. Baca berulang-ulang kali sehingga lidah biasa menyebutnya dan kita seakan-akan telah terhafal sedikit demi sedikit.
2. Mula menghafal dengan membaca berulang-ulang kali ayat yang ingin dihafal.
3. Jika telah ingat 1 ayat, langkah ke ayat seterusnya. Dan lakukan kembali step kedua. Kemudian baca kembali ayat yang sedang dihafal dan ayat yang sudah dihafal sebelumnya berulang-ulang kali.
4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga fasih dan kita berasa yakin untuk membaca surah tersebut di mana sahaja, bila-bila masa, tanpa melihat al-quran.
5. Perlu mengulang setiap hari surah-surah yang telah dihafal. Boleh baca sewaktu menaiki bas, sedang tunggu makanan sampai, sedang berjalan menuju ke kelas, sedang menunggu jemaah untuk solat, sedang berjalan menuju ke masjid, etc.
Dari segi kecepatan untuk menghafal, rasanya satu hari boleh dapat satu surah. Memandangkan surah di dalam juzuk 30 tu ringkas dan pendek.
Mulalah dulu dengan menghafal, kemudian belajar maksud dan menjiwai setiap ayat yang kita hafal. Baru feeling waktu baca di dalam solat.
Gunakan waktu muda untuk menghafal kerana otak masih fresh dan masa lapang masih banyak.Ayah saya yang sudah berumur pun masih sedang berusaha menghafal quran sehingga kini.
Kita bila lagi? =D

Mengapa piring ASTRO mengadap KIBLAT

Nie ambo nk citer skit, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro
ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari
satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke
arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro
di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada
percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu
bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari
pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah
membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam
perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang
dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu
sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.
Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah
atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu
masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling
penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi
dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan
itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda
dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang
umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada
peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila
anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia
ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan
bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke
Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau
ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah
baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan
anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan
mengkaji Islam yang amat indah ini.