Wednesday, February 29, 2012

KELANTAN NEGERI TERMISKIN?!!!

nie bukan psl assobiah......tp aq terasa biler adew gak hambe Allah sorg nie ckp KELANTAN NEGERI TERMISKIN............


Kelantan Miskin
Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang,
Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu,
... Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains,
Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba,
Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa,
Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama,
Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari,
Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah,
Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kpd pemimpin dihentikan,
Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pd bulan Ramadhan dipendekkan,
Di negeri miskin itulah,
Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami,
Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan,
Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan,
Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan,
Di negeri miskin itulah,
Ramai org mengenal mula mengenal tuhan,
Di negeri miskin itulah lahirnya tokoh2 ULAMA terkenal,

Di negeri saya dilahirkan dan dibesarkan

HUKUM PEREMPUAN MEMAKAI WANGIAN(PERFUME)/MINYAK WANGI


{Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian}

Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i- Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

Wanita bersolek untuk suami
Islam tidak melarang wanita bersolek kecantikan fizikal yang diharuskan oleh syarak, bahkan ia wajib jika dilakukan untuk suami dan menarik perhatian suaminya. Tetapi haram jikan bertujuan untuk menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi atau atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekannya. Hukumnya juga haram jika bersolek sehingga mengubah kejadian Allah atau menyerupai wanita jahiliyah (tabarruj jahiliah).

{Waktu Sunat wanita berwangi-wangian}

i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah, bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid, terdapat hadis yang melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian
kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa
kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.

Walau bagaimanapun, selaku seorang muslimat, hendaklah sentiasa kelihatan kemas, badan dan pakaian hendaklah tidak berbau busuk.Oleh itu, sunat bagi wanita memakai bau-bauan ketika berada di rumah atau ketika sesama wanita.

{Waktu makruh wanita memakai wangi-wangian}

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.