Wednesday, April 27, 2011

Amalan Tepuk Tangan





Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.






Ayat di atas berkaitan dengan siulan dan tepuk tangan yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah. Menurut Ibn Abbas, orang2 Quraisy jahiliah bertawaf dalam keadaan telanjang sambil bertepuk tangan dan bersiul. Menurut sangkaan mereka itulah ibadat.






Bertepuk tangan sebagaimana yang biasa berlaku sekarang tidak ada kaitan dengan bentuk ibadah tertentu atau untuk taqarrub kepada Allah. Mereka bertepuk tangan kerana maksud2 lain. Contoh: Mereka bertepuk tangan dalam satu majlis apabila seseorang selesai memberi ucapan. Atau bertepuk tangan apabila seseorang diberi hadiah. Atau bertepuk tangan ketika bermain dengan kanak2 krn menyatakan kegembiraan. Dsbnya.






Tepuk tangan begini tidak ada larangannya menurut syarak.






Cuma, dinasihatkan agar dapat menghindarkan diri dari bertepuk tangan di dalam majlis/keramaian yg diadakan di dalam masjid. Alasannya adalah utk melepaskan diri dari persamaan dari sudut bentuk perbuatan yg dilakukan oleh org musyrikin. Nyatakan kekaguman kita bukan dalam bentuk bertepuk tangan, tetapi hendaklah dengan bertakbir atau dengan cara yang sesuai dengan keagungan masjid.






Masalah:


Adakah dalam islam ada diajar cara 2 nak tepuk tangan bukan dalam solat ni tapi yg biasa2 tulah..sebabnya dulu2 saya ada dengar takleh tepuk tangan dengan melagakan kedua2 tangan melalui hadapan tapi kalu belakang tapak tangan dibenarkan.benarkah begitu??






Jawab:


Tidak benar. Tidak ada kifiat tertentu yang ditunjukkan di dalam Islam bagaimana cara nak bertepuk tangan

No comments:

Post a Comment